• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Bernasib Malang Dilanggar 2 Kali Dalam 2 Minit

oleh AK-47
09/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib seorang wanita apabila dilanggar dua kali dalam tempoh dua minit, minggu lalu.

Memetik laman South China Morning Post diambil dari portal Leshan.cn, kejadian berlaku di bandar Leshan, wilayah Sichuan, China.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita yang hendak melintas jalan di laluan lintasan belang (zebra crossing) dilanggar oleh sebuah motosikal.

Wanita Bernasib Malang Dilanggar 2 Kali Dalam 2 Minit

Mangsa yang dikenali sebagai Cik Zhang memakai baju putih dan berseluar paras lutut dilihat terbaring bersama-sama penunggang motosikal berkenaan.

Penunggang itu kemudiannya cuba mengangkat Cik Zhang yang dipercayai dalam kesakitan sebelum bertindak melarikan diri.

Malah orang awam yang dirakam berjalan dan menunggang basikal di kawasan sekitar juga dilihat sama sekali tidak menghiraukan mangsa yang berada dalam kesakitan.

Selepas seketika, mangsa yang masih terbaring di atas jalan, dilanggar lagi oleh seorang penunggang motosikal yang lain.

Sebuah van turut dirakam hampir menggilis mangsa sebelum berhenti mengejut sebelum melencongkan kenderaannya untuk mengelak melanggar mangsa yang masih terbaring di atas jalan raya.

Laporan media tempatan mengatakan mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan di hospital berdekatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: langgar lariMelintas Jalanmotosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd