• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipukul Dengan Helmet, Rambut Dipotong Guna Pisau

oleh AK-47
17/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKSI pergaduhan tiga wanita di satu perkampungan yang tidak dinyatakan lokasinya menjadi viral setelah disiarkan sebuah laman di Facebook yang memuat naik rakaman video insiden itu.

Menerusi video berdurasi selama kurang satu minit itu, seorang wanita yang berpakaian baju warna kelabu dan legging hitam digomol oleh dua wanita lain.

Malah mangsa juga dipukul dengan menggunakan helmet di bahagian kepala dan paha serta dilempang oleh salah seorang lawannya.

Wanita yang memakai blaus paras paha seperti ‘naik hantu’ dilihat semakin agresif mengasari mangsa apabila dia cuba untuk melepaskan diri daripada terus dipukul.

Bukan itu sahaja, rambut mangsa juga ditarik-tarik sebelum wanita itu mengeluarkan sebilah pisau dari poket belakang seluar jean yang dipakai lalu memotong rambut mangsa.

Mangsa menjerit cuba meraih simpati untuk dilepaskan namun tidak diendahkan oleh kedua-duanya bahkan terus bertindak memukulnya.

Wanita Dipukul Dengan Helmet, Rambut Dipotong Guna Pisau

Tidak dapat dipastikan punca pergaduhan antara ketiga-tiga wanita berkenaan kerana audio yang kedengaran tidak jelas serta bahasa yang dituturkan juga tidak dapat difahami.

Video tersebut telah ditonton lebih 40 ribu pengguna laman sesawang dan pelbagai andaian turut dilontarkan menerusi komen pada video berkenaan.

Sesetengahnya mengandaikan ia pergaduhan antara ibu dan anak yang mana si ibu berang dengan tindakan anak perempuannya mungkin keluar bersama teman lelaki.

Malah tidak kurang juga yang mengatakan ia berpunca daripada sifat perkauman. – MYNEWSHUB.CC

Tags: GaduhWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penembak Pesawat MH17 Dijangka Diketahui 2018

Next Post

13 Keluarga Di Kuala Muda, Kedah Terjejas Banjir Kilat

Related Posts

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

27/02/2025
1

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan. Menteri Besar...

Next Post

13 Keluarga Di Kuala Muda, Kedah Terjejas Banjir Kilat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd