• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penceramah Wanita Ceroboh Sekolah Tahfiz PU Faiz

oleh Ahmad Albab
09/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penceramah wanita yang didakwa menjadi mangsa pukul naib juara program Pencetus Ummah musim kedua Ahmad Faiz Hafizuddin, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menceroboh sekolah tahfiz milik Ahmad Faiz atau lebih dikenali PU Faiz.

Nurul Intan Sakinah Azmi, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Dia didakwa menceroboh masuk ke premis Pondok Rumi Sufi Jawi, No 14-3, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, di sini pada 2.30 petang, 26 September lalu.

Ibu tunggal empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap Nurul Intan Sakinah.

Baca: PU Rahmat Pertahan PU Faiz, Wanita Itu Pernah Ajak Seks

Penceramah Wanita Ceroboh Sekolah Tahfiz PU Faiz
Nurul Intan Sakinah Azmi

Wanita itu yang diwakili peguam Datin Hazizah Kassim memohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000 atas alasan anak guamnya merupakan seorang ibu tunggal dengan empat anak dan hanya bergantung kepada pendapatannya sebagai penceramah bebas.

“Kami juga memohon satu perintah mahkamah dikeluarkan bagi kedua-dua pihak untuk tidak membuat sebarang kenyataan di laman sosial yang boleh mengganggu perjalanan kes ini,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu prosiding kes.

Isnin lalu, PU Faiz, 27, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Nurul Intan Sakinah di tempat sama. – BERNAMA

Tags: Pencetus UmmahPU FaizSekolah Tahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kecantikan Penjual Sayur Nepal Pukau Netizen

Next Post

‘Saya Kenal Siapa Dia’ – Ogy Pertahan Sindir Drama Elly

Related Posts

Kes Cabul Sekolah Tahfiz Tidak Cukup Bukti Untuk Dakwa

22/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mendakwa suspek-suspek yang didakwa telah mencabul seorang pelajar sekolah Tahfiz berusia 10...

PU Rizz Buat Laporan Polis Isu Gambar Lucah

25/06/2019
0

PENCETUS Ummah (PU), Rizz atau namanya Haris Ismail, 24, sudah membuat laporan polis berhubung isu penularan foto lucah miripnya di...

Next Post

'Saya Kenal Siapa Dia' - Ogy Pertahan Sindir Drama Elly

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd