• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Walit: Standard Khas Eksport Ke China Siap 6 Bulan Lagi

oleh Ahmad Albab
17/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Standard khas bagi pengeksportan produk sarang burung walit ke China dijangka siap dalam tempoh enam bulan lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata standard itu penting bagi membolehkan pengeksportan sarang burung walit secara terus ke China hasil rundingan daripada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu pada awal November.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan produk sarang burung walit memenuhi 35 syarat yang ditetapkan China sebelum produk itu dihantar ke sana,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Shamsul Nasarah (BN-Lenggong) tentang langkah kerajaan untuk memastikan eksport sarang burung walit ke China selamat dan tiada sekatan dikenakan.

Ahmad Shabery berkata standard khas itu mampu mengelakkan produk itu ditolak pasaran China berikutan terdapat kandungan yang tidak selamat untuk manusia seperti yang berlaku empat tahun lepas.

Beliau berkata pengusaha sarang burung walit juga tidak digalakkan memproses sendiri komoditi itu kerana kerja-kerja pembersihannya amat rumit serta syarat ketat yang dikenakan China.

“Setakat ini, memproses sendiri komoditi itu adalah sesuatu yang tidak digalakkan kerana ia satu kerja yang rumit dan memerlukan tempat khas seperti kilang-kilang yang diiktiraf di negara mereka.

“Kita tahu bahawa ia kerja susah seperti mencabut bulu burung (pada sarang) selama lapan jam dalam satu hari,” katanya dan menambah terdapat 20,000 pengusaha sarang burung walit seluruh negara ketika ini. – BERNAMA

Tags: ChinaEKSPORT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd