• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSR: Jaga Solat, Baca Quran Dorong 2 Pelajar Cemerlang

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Menjaga solat lima waktu dan sering membaca al-Quran merupakan antara faktor pendorong kejayaan dua pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Air Puteh mencapai keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

Pelajar terbabit, Amirah Balqis Mohd Basri, 12, dan Haziq Aiman Alias, 12, masing-masing menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor apabila dewasa kelak.

Amirah Balqis berkata sebagai ketua pengawas di sekolah, dia perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran dan tugas di sekolah.

“Sewaktu di dalam kelas, saya beri tumpuan sepenuhnya sewaktu guru mengajar, manakala selepas kelas pula saya buat jadual belajar sendiri.

“Selain mengikuti kelas tuisyen bagi subjek Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sains, solat fardu lima waktu kena jaga,” katanya ketika ditemui Bernama selepas mengambil keputusan peperiksaan UPSR di SK Air Puteh di sini, hari ini.

Anak sulung kepada pasangan Mohd Basri Kamaru Zaman, 42, dan Juliana Bahari, 37, ini, mahu kejayaannya itu menjadi pendorong kepada dua adiknya.

Sementara itu, Haziq Aiman pula berkata, selain memberikan tumpuan sewaktu pembelajaran di dalam kelas, dia gemar mengisi masa terluang dengan membaca al-Quran.

“Saya buat juga ulang kaji di rumah, selain mengikuti tuisyen di luar waktu sekolah, pada masa sama saya isi masa terluang dengan membaca al-Quran.

“Saya gembira dengan kejayaan ini, walaupun setiap hari berulang-alik dari rumah di Jitra ke sekolah kerana ayah mengajar di sini, namun penat lelah itu berbaloi,” katanya.

Haziq Aiman yang merupakan anak kedua daripada empat beradik bagi pasangan Alias Yahya, 39, dan Nor Haiza Yusoff, 36, mahu menyambung pengajian peringkat menengah dalam aliran sains.

Selain Amirah Balqis dan Haziq Aiman, dua lagi pelajar sekolah terbabit, Nur Adawiah Deraman, 12, dan Nur Aishah Ishak, 12, turut memperoleh keputusan 6A dalam peperiksaan UPSR tahun ini. – BERNAMA

Tags: pelajarUPSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd