• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Upin & Ipin Platform Pupuk Minat Bidang Pertanian

oleh Ahmad Albab
24/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemilihan watak animasi popular, Upin dan Ipin sebagai maskot Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) menjadi platform untuk mendidik dan memupuk minat kanak-kanak dalam bidang pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penglibatan Upin dan Ipin melalui segmen Kampung Durian Runtuh dalam MAHA 2016 memberi dimensi baharu iaitu aspek pendidikan pertanian pada penganjuran kali ini.

“MAHA 2016 kali ini bukan sahaja untuk golongan dewasa yang terlibat dalam bidang pertanian tetapi memperkenalkan kepentingan pertanian kepada kanak-kanak.

“Antara aktiviti di Kampung Durian Runtuh yang akan dijayakan Upin dan Ipin ialah persembahan pentas, kenali tanah dan tanaman, kenali perosak dan kawan kepada tanaman serta hargai bumi,” katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin dan majlis pratonton filem Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng di sini malam tadi.

Tambah Ahmad Shabery, segmen Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung sempena musim cuti sekolah kali ini.

MAHA 2016 yang bertemakan Makanan Kita, Masa Depan Kita akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dari 1 hingga 11 Dis ini. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyUpin & Ipin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Tersenarai Calon Oscar 2020

18/10/2019
0

FILEM animasi popular tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les' Copaque Production melakar sejarah apabila disenaraikan bersama 32...

Upin & Ipin Menang Filem Cetera Terbaik Di Kanada

13/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Produk tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mencipta sejarah apabila diangkat sebagai pemenang anugerah Filem Cetera Terbaik Festival Filem...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd