• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Upah Lumayan Faktor Penduduk Tempatan Jadi Penyeludup

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Upah lumayan antara faktor rakyat tempatan dikesan menjadi penyeludup membawa masuk beberapa barangan bersubsidi seperti minyak masak dan ketum ke Thailand.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Zahari Ahmad berkata disebabkan mereka mahir dengan kawasan sekitar memudahkan mereka untuk keluar masuk menyeludup barangan.

“Selain menerima upah yang mahal, barangan bersubsidi seperti ketum, sangat mahal harganya di pasaran negara jiran, sebab itu mereka sanggup menggadai nyawa menjadi penyeludup demi mengejar keuntungan,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA di sini, hari ini.

Zahari berkata namun begitu pihaknya bersama agensi yang bertugas di sempadan tidak leka dalam tanggungjawab mereka membanteras isu penyeludupan rentas sempadan itu.

Katanya PGA melalui unit risikan sentiasa memantau pergerakan keluar masuk sempadan dan akan segera bertindak apabila mendapat maklumat.

Beliau berkata, pada September dan Oktober lalu pihaknya berjaya merampas pelbagai barangan seperti daging beku, minyak petrol, rokok, arak dan ketum di sepanjang sempadan Perlis dan Kedah yang dianggarkan bernilai RM316,963.

Katanya sejak 6 Nov sehingga semalam, PGA berjaya merampas ketum, minyak masak dan tepung gandum membabitkan 17 kes dengan nilai RM324,326.

“Turut dirampas dalam tempoh September hingga semalam ialah 22 kenderaan pelbagai jenis,” katanya.

Zahari berkata 32 individu ditahan terbabit dalam semua kegiatan penyeludupan itu. – BERNAMA

Tags: PGAseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd