• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ultimatum Zombi’ Filem Komedi Seram Terakhir Mamat

oleh Ahmad Albab
20/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUKTAMAD… Pengarah filem, Mamat Khalid akan menghasilkan filem komedi seram buat kali terakhir berjudul Ultimatum Zombi sebagai memenuhi permintaan peminat.

Mamat atau Mohamad Mohamad Khalid, 53, berkata, dia sebenarnya sudah tidak mahu menghasilkan karya genre itu namun penyebaran WhatsApp kononnya dia sedang cari pelakon tambahan sebagai zombi mengubah keputusannya.

“Saya terkejut apabila ramai bertanya saya tentang uji bakat berkenaan kerana tidak mengetahui apa-apa mengenainya dan ramai pula kecewa.

“Mereka juga minta saya hasilkan filem seram komedi dan penyebaran mesej itu membuka hati saya untuk hasilkan Ultimatum Zombi sebagai memenuhi permintaan peminat,” katanya kepada mStar Online.

Kata Mamat, filem itu ialah kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang dan Zombi Kilang Biskut.

Dalam pada itu, Mamat berkata, dia juga bercadang untuk mengekalkan barisan pelakon asal dalam karya terbaharunya itu seperti Awie, Datuk AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn, Man Kadir dan Sofi Jikan.

Filem Rock Bro arahan Mamat Khalid berjaya kutip RM5 juta setakat ini.
Filem Rock Bro arahan Mamat Khalid berjaya kutip RM5 juta setakat ini.

Katanya lagi, penggambaran filem itu dijangka diadakan pada tahun hadapan dan dia kini sedang mengemas kini skrip.

“Perbezaan kali ini adalah zombi yang ditampilkan lebih serius dalam memberi impak berbeza walaupun ia filem komedi seram.

“Saya sedang memperkemaskan skrip yang ditulis selain berharap pelakon asal dapat disatukan semula,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mamat teruja apabila Rock Bro kini berjaya mendapat kutipan RM5 juta dan menyasarkan RM6 juta sebelum ia tamat ditayangkan di pawagam.

Katanya, dia berharap kutipan itu dapat menjadi pulangan kepada pihak penerbit dalam menghasilkan lebih banyak filem pada masa hadapan.

“Penerimaan baik terhadap Rock Bro diharap dapat memberi semangat lagi kepada pihak penerbit untuk menghasilkan lebih banyak filem.

“Saya sasarkan RM6 juta sebelum ia tamat ditayangkan dan ia akan menjadi penutup yang baik untuk trilogi Rock,” katanya. – mStar Online

Tags: FILEMMamat Khalid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Alibaba Contoh Terbaik Peranan Dalam Dunia Digital

Next Post

Nora Danish Ambil Tindakan Pihak Manipulasi Isu Cukai

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

Galeri Seni Ilham Mamat Khalid Bakal Direalisasikan Di Ipoh

29/10/2021
0

TAPAH - Sebuah galeri seni bakal diwujudkan di kawasan Kampung Kuchai di Ipoh bagi merealisasikan rundingan dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)...

Next Post

Nora Danish Ambil Tindakan Pihak Manipulasi Isu Cukai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd