• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Sertai Demo Haram, UMNO Ambil Tindakan Displin

oleh Ahmad Albab
20/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengambil tindakan disiplin ke atas anggota parti yang menyertai perhimpunan haram di ibu kota semalam, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata pihaknya sedang meneliti rakaman perhimpunan tersebut bagi mengenal pasti anggota UMNO yang mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Baju Merah, sebelum ia dibawa kepada Lembaga Disiplin UMNO.

“Kita akan serahkan kepada ahli lembaga disiplin untuk buat keputusan dan apa yang mereka patut lakukan…sekarang kita akan lihat kesemua rakaman perhimpunan semalam dan teliti siapa yang ambil bahagian.

“Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku, saya sendiri pantau semalam dan dapati banyak perkara yang tak sepatutnya dilakukan oleh rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gotong-Royong Mega 2016 Bersepadu Perangi Aedes peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tambah Tengku Adnan, beliau turut kecewa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyertai perhimpunan berkenaan.

“Saya pun tak faham, dulu cakap ini semua tak patut berlaku…saya rasa mereka ini angkuh dan terlalu kecewa, jadi percayalah pada qada dan qadar,” katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum mengenal pasti nilai kerugian dan sedang meneliti kerosakan ke atas harta benda awam yang dilakukan pada perhimpunan tersebut.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata sehingga 12 Nov, sejumlah 7,833 kes denggi dilaporkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya, peningkatan 569 kes berbanding 7,264 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Bagi jumlah kumulatif kematian denggi sehingga 12 Nov adalah 18 kematian, berbanding 32 kematian bagi tempoh sama pada tahun 2015, iaitu menurun sebanyak 14 kematian,” katanya.

Katanya kes dan kematian denggi di ibu kota yang dilaporkan sehingga 12 Nov menunjukkan Parlimen Bandar Tun Razak paling tinggi iaitu 1,095 kes dan empat kematian, diikuti Parlimen Segambut (899 kes, tiada kematian) dan Parlimen Setiawangsa (880 kes, dua kematian).

Sementara, beliau berkata Projek Perumahan PPR Kampung Baru Air Panas telah mengalami 10 episod wabak denggi tahun ini dengan 44 kes berbanding enam kali wabak pada tahun lepas dengan 48 kes demam denggi.

“Saya merayu kepada seluruh masyarakat khususnya warga kota supaya jaga kebersihan di persekitaran kediaman dalam memastikan bandar raya kita bersih, tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes dan kediaman tidak menjadi sumber merebaknya wabak denggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tengku Adnan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Bayi Diculik: Bapa Mahu Saman Hospital Kerana Cuai

Next Post

Zuraida Ditahan Berhubung Himpunan Haram Semalam

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

Next Post

Zuraida Ditahan Berhubung Himpunan Haram Semalam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd