• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kebocoran Maklumat Oleh Orang Dalam ESSCom

oleh AK-47
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan berlaku kebocoran maklumat oleh ‘orang dalam’ Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) kepada pihak luar berhubung pergerakan pasukan keselamatan.

Beliau bagaimanapun berkata perkongsian maklumat mungkin berlaku melibatkan pendatang asing tanpa izin atau tali barut yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan pengganas yang menyerang Pantai Timur Sabah.

“Tiada kebocoran maklumat melalui orang dalam daripada ESSCom seperti yang diperkatakan,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 peringkat Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Isu itu dibangkitkan Datuk Dr Ewon Ebin (BN-Ranau) semasa membahaskan rang undang-undang itu sebelum ini, yang mempersoalkan isu kebocoran maklumat mengenai pergerakan pasukan ESSCom mengawal perairan Pantai Timur Sabah.

Sementara itu, Shahidan menyifatkan sebagai tidak munasabah cadangan membubarkan ESSCom seperti yang diperkatakan Wong Tien Fatt@Wong Nyuk Foh (DAP-Sandakan) kerana dikatakan gagal mengawal perairan Sabah.

Beliau berkata kerajaan berusaha keras memastikan operasi ESSCom berada pada tahap yang baik dalam mengawal perairan Sabah demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

“Tanggungjawab ESSCom adalah untuk memastikan perairan sabah berada dalam keadaan selamat… dan penubuhannya adalah bagi mengekang pencerobohan di Pantai Timur Sabah selepas percubaan pertama di Kampung Tanduo, Lahad Datu,” katanya.

Dalam pada itu, Shahidan berkata kerajaan telah mengeluarkan peruntukan segera bagi menubuhkan pasukan sukarelawan di bawah Angkatan Pertahanan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Tanpa menyatakan jumlah peruntukan itu, beliau berkata pasukan sukarelawan itu akan disertai oleh rakyat bagi membantu pasukan keselamatan.

“Penyertaan rakyat mampu membantu menangani masalah keselamatan kerana kalau kita serah soal keselamatan kepada pihak penguat kuasa tanpa penglibatan rakyat, kita akan hadapi masalah,” katanya.

Menjawab dakwaan pertindihan fungsi antara APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menjaga perairan negara, Shahidan berkata isu itu tidak sepatutnya timbul.

Jelasnya, kedua-dua pasukan keselamatan itu menjalankan tugas secara bersama memandangkan kawasan perairan yang cukup luas dengan TLDM menjaga keamanan perairan negara secara keseluruhan manakala APMM melaksanakan penguatkuasaan.

“Misalnya untuk membawa kapal yang ditahan ke jeti untuk rundingan adalah mengambil masa sehingga beberapa jam dan TLDM tidak boleh melakukan semua ini bersendirian, kita perlukan satu agensi untuk penguatkuasaan ini,” katanya.

Mengenai Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pula, Shahidan berkata setakat ini kerajaan mendapat kerjasama baik daripada semua kerajaan negeri.

Beliau berkata di Selangor misalnya 52,704 unit diluluskan untuk dibina.

“Bagi saya kita jangan politikkan soal rumah PR1MA ini, apa yang penting kita mahu bina rumah untuk rakyat, jika ia dipolitikkan yang rugi rakyat nanti,” katanya.

Terdahulu ketika mencelah, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mahu tahu adakah kerajaan menghadapi masalah atau kekangan membina rumah PR1MA di negeri Selangor. – BERNAMA

Tags: Esscom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd