• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Lanjut Ke Atas 11 Anak Kapal Yang Selamat

oleh Ahmad Albab
20/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Siasatan lanjut masih dijalankan ke atas saksi kejadian iaitu sebelas anak kapal bot nelayan yang selamat selepas dua rakan mereka diculik di perairan Merabung, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata pihaknya kini berusaha melengkapkan siasatan berkenaan.

“Kesebelas mereka yang selamat dan tidak mengalami kecederaan ini, sedang disoal siasat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini, hari ini.

Ditanya sama ada penculikan itu didalangi oleh saki baki Abu Sayyaf, Hamzah berkata perkara itu turut masih disiasat.

Katanya dalam kejadian kira-kira 7.30 malam semalam, sekumpulan lima lelaki bersenjata menculik dua nelayan warga Indonesia iaitu Saparuddin Koni, 43, (juragan) dan Sawal Maryam, 36, (pembantu juragan) ketika menangkap ikan di perairan Merabung.

Dalam kejadian itu, kumpulan penjenayah yang menaiki bot mangsa, turut menyamun lima telefon bimbit dan sejumlah wang milik 11 anak kapal yang turut berada di atas bot nelayan tersebut.

Hamzah berkata setakat ini penculik masih belum menghubungi mana-mana keluarga mangsa.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan para nelayan terus berhati-hati dengan jenayah rentas sempadan iaitu penculikan untuk wang tebusan yang berlaku di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone).

“Selain memohon permit perintah berkurung, para nelayan ini diharap dapat melengkapkan bot dengan peralatan komunikasi yang berfungsi, dan sebaiknya mereka berada di kawasan yang mudah dihubungi agar sekiranya berlaku kecemasan pihak keselamatan dapat bertindak segera,” katanya.

Sementara itu, wartawan Bernama yang berada di IPD Lahad Datu sempat terserempak dengan sebelas saksi kejadian culik di perairan Merabung.

Ketika dihampiri dan ditanya, seorang daripada 11 saksi itu berkata mereka masih takut dan trauma selepas insiden semalam. – BERNAMA

Tags: anak kapalculiklahad datu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahaya Kabel Halus di Laluan Kampung Puyut, Rider Cedera Ringan

Bahaya Kabel Halus di Laluan Kampung Puyut, Rider Cedera Ringan

28/09/2025
0

Bahaya Kabel Halus di Laluan Kampung Puyut, Rider Cedera Ringan Lahad Datu, 28 Sept – Orang ramai khususnya penunggang motosikal...

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd