• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senapang Buatan Sendiri Untuk Memburu Dirampas

oleh AK-47
29/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Dua laras senapang buatan sendiri dipercayai digunakan untuk kegiatan memburu secara haram dirampas Jabatan Perhutanan Sabah, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata ketika kejadian kira-kira 5.30 petang itu, pasukan operasi jabatan berkenaan serta anggota Yayasan Sabah sedang membuat sekatan jalan dan operasi berkaitan pemburuan haram di sekitar kawasan Hutan Simpan Gunung Rara di Luasong, Kalabakan.

“Ketika operasi, pasukan tersebut terserempak dengan dua individu mencurigakan sedang berjalan kaki dan kedua-dua suspek bertindak melarikan diri menuju ke dalam Hutan Simpang Gunung Rara.

“Dua senjata api buatan sendiri dijumpai berhampiran dengan lokasi suspek melarikan diri. Senapang tanpa peluru itu masing-masing berukuran panjang 28 dan 30 inci berwarna hitam dan perak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata senjata api tersebut kemudian diserahkan ke Balai Polis Tawau.

“Anggota pasukan operasi tidak dapat mengecam suspek memandangkan mereka berada kira-kira 200 meter jauh daripada suspek,” katanya bahawa kes akan disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. – BERNAMA

Tags: MemburuSenapang Buatan SendiriTawau
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembelian Peralatan OKU Dapat Pelepasan GST Dipermudah

Next Post

Mesir Akan Laksana GST Sebanyak 14% Tahun Depan

Related Posts

Hujan Lebat Bertembung Air Pasang Di Tawau

Hujan Lebat Bertembung Air Pasang Di Tawau

21/08/2024
0

TAWAU : Hujan lebat bertembung dengan air pasang besar seawal jam 5 pagi tadi, menyebabkan beberapa kawasan di sini termasuk...

Lelaki Tertembak Rakan Baik Ketika Memburu Ditahan

Lelaki Tertembak Rakan Baik Ketika Memburu Ditahan

21/05/2023
0

Jertih : Seorang lelaki ditahan polis selepas tertembak rakannya dengan peluru penabur sehingga cedera parah ketika memburu di hutan Rasil,...

Next Post

Mesir Akan Laksana GST Sebanyak 14% Tahun Depan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd