• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembunyi Biawak, Kura-Kura Dalam Bagasi

oleh Ahmad Albab
24/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Seorang wanita warga Jepun ditahan dan didakwa cuba menyeludup kura-kura dan biawak dari spesies terancam ke Tokyo melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini, kelmarin.

Maki Takahashi, 44, bersama bayinya yang berusia enam bulan ditahan pada jam 9.50 malam (waktu tempatan) kelmarin ketika cuba menaiki pesawat ke Tokyo.

Polis berkata, Maki ditahan selepas petugas lapangan terbang melihat sesuatu bergerak di dalam bagasi wanita berkenaan.

Apabila bagasi itu dibuka, petugas terkejut menemui 32 kura-kura, lapan biawak dan 15 biawak air di dalam bagasi berkenaan.

Wanita itu kemudian dibawa ke balai polis Suvarnabhumi untuk disoal siasat sebelum didakwa.

Maki memberitahu polis, seorang lelaki menawarkan wang berjumlah 100,000 yen (RM3,984) untuk membawa bagasi berkenaan dari Thailand ke Jepun.

Wanita itu mendakwa dia tidak tahu kandungan bagasi berkenaan.

Ujarnya, dia menerima tawaran itu kerana ditinggalkan bekas suaminya dan perlu menjaga bayi lelakinya yang baru berusia enam bulan.

Kata polis, wanita itu didakwa atas tuduhan cuba memperdagangkan haiwan dilindungi. – Agensi/myMetro Online

Tags: Biawakhaiwankura-kuraseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd