• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semak SOP Penggunaan Senjata Api

oleh Ahmad Albab
14/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Peguam Negara (JPN) akan merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu berhubung penggunaan senjata api oleh agensi penguatkuasa bagi mengelak anggota mereka teragak-agak menggunakan senjata itu bagi mempertahankan diri ketika bertugas.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata walaupun agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mempunyai SOP masing-masing berkaitan penggunaan senjata api, anggotanya masih bimbang untuk menggunakan alatan tersebut terutama ketika diancam penjenayah.

“Saya membaca SOP berkenaan, memang tebal, tetapi satu perenggan sahaja yang menyentuh tentang penggunaan senjata api, jadi perkara ini menimbulkan banyak kerisauan dan ketidaktentuan (dalam kalangan anggota penguatkuasa).

“Kita akan merangka satu SOP baharu lebih tepat dan berkesan supaya anggota penguatkuasa tidak lagi teragak-agak (untuk guna senjata api) sebab dalam
keadaan sekarang, mereka takut-takut untuk menggunakan senjata api dan ada yang tidak menggunakannya langsung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui pada Majlis Ramah Mesra bersama warga JKDM Kelantan. Turut hadir Pengarah JKDM Kelantan Mohd Nasir Yusoff, Pengarah Pendakwaan Kelantan Idham Abd Ghani dan Penasihat Undang-Undang Kelantan Datuk Shahidani Abd Aziz.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sumbangan Jabatan Peguam Negara kepada Pegawai Kastam Kanan Baharuddin Hamid, 58, yang kematian isterinya Anisah Ali, 54, yang meninggal dunia pada 8 Okt lepas, setelah kenderaan dinaikinya dilanggar tonto, sehari sebelumnya.

Mengulas lanjut, Mohamed Apandi yang juga Pengerusi Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan pihak berkaitan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu lebih lanjut.

“Perbincangan akan diadakan secepat mungkin (dengan pihak berkaitan) sebab saya memang tahu benda ini memang genting serta penting dan ia perlu dilaksanakan segera.

“Sementara menunggu SOP yang tertulis ini dikeluarkan, saya beri jaminan kepada mereka (agensi penguatkuasa untuk guna senjata api ketika perlu) dan saya akan panjangkan perkara ini kepada Timbalan Pendakwa Raya di seluruh negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: senjata api
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banyak Kelemahan Perlu Diperbaiki Menjelang Piala AFF

Next Post

4 Peniaga Sorok Minyak Masak Didakwa Minggu Ini

Related Posts

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

Dua Lelaki Warga Taiwan Didakwa Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

10/02/2025
0

Kuala Lumpur : Dua lelaki warga Taiwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan...

TERKINI: Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Mahu Rampas Senjata Api – KPN

TERKINI: Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Mahu Rampas Senjata Api – KPN

17/05/2024
0

JOHOR BAHRU : Suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi membuat persediaan dengan memakai pelindung...

Next Post

4 Peniaga Sorok Minyak Masak Didakwa Minggu Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd