• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekeluarga Unik Memiliki 12 Jari Tangan, 12 Jari Kaki

oleh AK-47
21/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

‘KELUARGA istimewa’ – demikian yang sesuai menggambarkan sebuah keluarga di India kerana semuanya memiliki ciri fizikal yang tiada pada keluarga lain, ada 12 jari tangan dan 12 jari kaki.

Mereka adalah keluarga Choudhary yang mempunyai 25 ahli keluarga dan berasal dari Gaya Village, Bihar.

Bagi keluarga Choudhary, ciri fizikal yang dimiliki mereka itu dianggap sebagai hadiah dan sumpahan.

Sekeluarga Unik Memiliki 12 Jari Tangan, 12 Jari Kaki

“Saya rasa ia satu rahmat bagi kami; mustahil untuk semua sekeluarga memiliki sifat ini. Ia mesti satu mesej dari tuhan,” kata Sitbiya Choudhary.

Namun, bagi seorang lagi ahli keluarga Krishna Choudhary, 50, merasakan perkara itu sebagai satu sumpahan kerana anak perempuannya sukar untuk mencari jodoh disebabkan keunikan itu

“Ayah dan datuk saya ada 24 jari. Saya dengan adik beradik lain ada 24 jari dan anak-anak serta cucu kami pun terkesan dengan kondisi ini.

“Saya tiada masalah dengan jari tambahan tapi anak dan cucu saya terkesan teruk. Perempuan-perempuan dalam keluarga ini payah untuk berkahwin kerana kondisi ini,” katanya.

Sekeluarga Unik Memiliki 12 Jari Tangan, 12 Jari Kaki

Malah, ‘jari lebih’ yang dimiliki mereka turut menyebabkan keluarga tersebut sukar untuk  mencari kasut yang sesuai sehingga terpaksa memakai selipar Jepun sahaja.

Sementara itu, pakar dermatologi tempatan, Dr. Aayush Gupta memberitahu bahawa keluarga Choudhary menderita kecacatan genetik yang dinamakan Polydactyly.

Menurutnya, jari tambahan kebiasaannya tidak menimbulkan apa-apa masalah kesihatan. Namun, individu boleh membuangnya sekiranya mahu.

Sumber: Metro.co.uk

Tags: Jari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas: KKM Rekod 15 Kes Strok Haba

Jari Kanak-kanak Terlekat Dalam Lubang Bekas Sudu Logam

09/03/2024
0

LIPIS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dihantar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis untuk mendapatkan bantuan bagi...

Jari Berlubang Akibat Digigit Labah-Labah

23/01/2019
0

WALLSEND – Jari tangan seorang lelaki berlubang selepas digigit seekor labah-labah jenis false widow ketika sedang menonton televisyen di rumahnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd