• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedih Anak Didera, Ibu Dedah Perangai Zalim Bekas Suami

oleh AK-47
08/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIARPUN pernah menjadi mangsa kekejaman rumah tangga yang dahsyat, seorang wanita mengambil langkah mendiamkan diri sahaja selama ini demi menjaga nama baik bekas suami dan keluarganya.

Walau bagaimanapun, naluri seorang ibu yang terlalu sedih apabila melihat anak kesayangan turut diperlakukan dengan kejam oleh bapanya sendiri membuatkan dia tak mampu lagi bersabar demi menuntut pembelaan.

Pemilik Facebook Hannah Azzara, akhirnya mendapat keberanian untuk mendedahkan penyiksaan yang pernah diterima daripada bekas suami dengan memuat naik gambar-gambar kecederaan yang dialaminya dan anak.

Perkara itu terpaksa dilakukannya untuk menggesa tangkapan segera ke atas bekas suami selain menjawab pertanyaan saudara mara dan rakan terapat bekas suami, yang mempertikaikan kebenaran laporan polis yang dibuatnya.

“Actually i tak nak pon kecoh pasal ni. But since most of my friends and relatives pon suruh i buat jadi i terpaksa. Kawan yang polis pon cakap viralkan baru orang atas nampak (itupun kalau nampak).

“Ok. Dah seminggu Ahsan kena pukul dengan Daddy dia sendiri, i dah buat report. Dah masuk hospital 5 days. Tapi sampai ni ari tak ada apa-apa update from polis. I’ve call the IO yang ambil kes ni pon diorang lepas tangan. Dia pukul anak i sampai ada blood clot dalam telinga kiri Ahsan. Tapi sampai sekarang dia masih bebas.

“Yang lain i tanak cerita panjang. I cuma nak tanya kalau kes macam ni memang polis tak ambil tindakan ke?

“And since ramai kawan-kawan ex husband yang PM cakap kat i diorang tak percaya dia bole buat macam ni kat i. So sini i tambah gambar i masa dia bantai i paling teruk.. I did make a report but then i tarik balik pasal i kesiankan Ahsan.

“Sepanjang 5 tahun perkahwinan i tak pernah cerita buruk dia pada sesiapa even parents i. I simpan sendiri. But now i memang da tak tahan sangat. I da tak kuat nak simpan sendiri. I hope tak de yang anggap i nak memburuk and memfitnah dia as in i ada bukti.

“And kalau ada yang perasan i tak pernah nak upload 1 pon gambar ex husband dalam FB, sebab i jaga muka dia, jaga nama dia. Pasal i fikir kalau-kalau i ada tersalah update ke dia yang malu.

“Well lemme introduce you all to my exhusband 😅 see the last photo,” tulis Hannah.

Berikut gambar-gambar beserta kapsyen yang dipos di Facebook Hannah Azzara yang secara tak langsung mendedahkan peristiwa kejam lagi ngeri yang telah menimpa dua beranak ini:

Sedih Anak Didera, Ibu Dedah Perangai Zalim Bekas Suami
This side ada blood clot dalam left ear Ahsan. Doctor kena tunggu 2 weeks untuk telinga Ahsan fully recovered baru bole periksa if there any problem.
Sedih Anak Didera, Ibu Dedah Perangai Zalim Bekas Suami
Dekat batang hidung ni time i dapat balik Ahsan memang da kering. I assumed Ahsan bebetul jatuh. Cause time i tanya my ex he said that Ahsan jatuh sendiri. Rupanya i dapat tau ada orang nampak dia tumbuk Ahsan sampai hidung Ahsan berdarah. Ya Allah hancur hati ni. Allah je yang tau.
Sedih Anak Didera, Ibu Dedah Perangai Zalim Bekas Suami
This part was swollen very bad sampai ada nanah kat dalam. I can’t even imagine macam mana dia buat sampai bernanah. Sampai sekarang bengkak tak hilang.
Sedih Anak Didera, Ibu Dedah Perangai Zalim Bekas Suami
This picture was taken after the incident. I da washed up all the blood. Atas hidung i koyak, doctor nak jahit i tak kasi. So they gam only. And also i lost my teeth.
Sedih Anak Didera, Ibu Dedah Perangai Zalim Bekas Suami
Masa dia pukul i ni. I lunyai tak larat nak jalan. Ambulance yang datang ambik i. Guys, imagine how Ahsan time kena macam i. Sama!!!
Sedih Anak Didera, Ibu Dedah Perangai Zalim Bekas Suami
This comment really made me feel like being hit by a truck. I nangis the whole night. Bangun tidur sambung nangis bila i bayangkan macam mana anak i kena macam i kena . Masa i tanya dia kata Ahsan jatuh sendiri. Patut laa dia tak kasi i jumpa Ahsan 10 hari. Tak kasi Ahsan cakap dengan i langsung.
Sedih Anak Didera, Ibu Dedah Perangai Zalim Bekas Suami
Pada awal I tak tergamak nak upload gambar dia. I fikir family dia. I still ada respect kat diorang. Tapi sorry laa Ahsan kena pukul bantai 5 days in hospital. There’s none of his family datang, call tanya kabar Ahsan pon tidak. Patut ke I respect lagi.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat ini, jelas lelaki yang tergamak memukul anak yang masih kecil seperti perlu segera dihadapkan ke muka pengadilan.

Semoga lebih ramai kaum wanita yang sekian lama didera secara mental dan fizikal berani menuntut keadilan seperti dilakukan oleh Hannah Azzara agar nasib mereka terbela dan mengelak manusia kejam begini menjadikan manusia lain pula sebagai mangsanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Derakejamstatus facebook
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Bakar Kasut Kekasih Kerana Curang

Next Post

Gempa Bumi Sederhana Landa Barat Daya Sumatera

Related Posts

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

Bapa Didakwa Lambung Anak, Lilit Leher Dengan Kabel

Bapa Didakwa Lambung Anak, Lilit Leher Dengan Kabel

27/12/2024
0

Kuala Lumpur : Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melilit...

Next Post

Gempa Bumi Sederhana Landa Barat Daya Sumatera

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd