• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tidak Pernah Ada Akaun Facebook, Twitter”

oleh AK-47
29/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isteri perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa beliau tidak pernah mempunyai akaun laman sosial, khususnya Facebook dan Twitter.

Sehubungan itu, Rosmah mengingatkan orang ramai untuk tidak terpedaya dengan mana-mana laman sosial yang menurutnya, terdapat 20 akaun Facebook menggunakan namanya.

“Saya tidak pernah mendaftar akaun Facebook. Saya tak ada Twitter. Cuma ada (telefon bimbit) Samsung yang antik. Asalkan boleh buat panggilan, terima panggilan… hantar dan jawab SMS (khidmat pesanan ringkas).

“Kalau ada baca (laman sosial atas nama saya), maknanya telah kena tipu. (Jika) ada apa-apa dengan saya, tanya secara berdepan. Cakap perkara yang betul, jangan cakap bohong,” katanya.

Rosmah berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Tahunan Bersama Penaung Skuad Sayang Kebangsaan di Dewan Tun Dr Ismail bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang Kebangsaan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga ketua Wanita UMNO dan Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Azizah Mohd Dun.

Rosmah berkata kewujudan akaun Facebook palsu itu ‘memberi semangat’ kepadanya untuk menghadiri sesi ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zukerberg pada Sidang Kemuncak CEO 2016 di Lima, Peru, baru-baru ini.

Semangat untuk berjumpa dengan Zukerberg menyebabkan beliau ditegur suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak yang ‘hairan’ melihat beliau sanggup keluar awal pagi sedangkan mereka tiba lewat di Peru, tambahnya.

“Saya jawab (kepada Najib) yang saya nak tanya soalan pada Zukerberg iaitu ” anda (Zukerberg) perlu ada mekanisme untuk mengesan akaun Facebook yang palsu.” Saya tunggu tapi tak ada sesi soal jawab.

“Saya tanya juga pada pegawai jika saya boleh bertanya kepada beliau tetapi pegawai cakap tak boleh sebab dia kena perlu bergegas ke tempat lain. Saya nak tanya kerana Facebook pun ada kekurangan,” katanya.

Dalam pada itu, Rosmah yang juga penaung Skuad Sayang mengingatkan anggota skuad itu untuk menguasai media sosial kerana fenomena gelombang media sosial baharu telah mentransformasikan landskap politik negara.

“Gunakan saluran media sosial yang strategik dengan optimum dalam menguar-uarkan usaha kita. Gunalah media sosial sebagai senjata maya kita untuk menyalurkan maklumat yang benar dan mematahkan fitnah dan tohmahan pembangkang,” katanya.

Rosmah berkata langkah itu sesuai memandangkan kajian Landskap Digital Malaysia 2016 melaporkan 69 peratus atau 21 juta daripada 31.5 juta populasi daripada rakyat Malaysia merupakan pengguna Internet.

Daripada jumlah itu, katanya 68 peratus atau 21 juta adalah pengguna aktif media sosial paling popular seperti Facebook, Twitter dan YouTube, dan secara purata rakyat Malaysia menggunakan Internet selama 5.1 jam sehari dan 2.8 jam untuk melayari laman sosial. – BERNAMA

Tags: facebookRosmah MansorTwitter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

19/10/2025
0

TAKAHIRO SHIRAISHI: “PEMBUNUH TWITTER” JEPUN DIGANTUNG SAMPAI MATI Oleh Mynewshub  TOKYO, 27 JUN 2025 – Jepun telah melaksanakan hukuman gantung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd