• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Logo, Satu Parti: Kit Siang Tak Setuju Gesaan Tun M

oleh AK-47
14/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan agar pakatan pembangkang berdaftar sebagai satu parti, yang menggunakan satu parti, logo dan manisfesto yang sama seperti Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun, Kit Siang hanya bersetuju pakatan pembangkang hanya menggunaka satu manisfesto dengan parti-parti yang berbeza tanpa berdaftar sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

“Kita hanya boleh membentangkan satu manifesto kepada rakyat, jika tidak, dengan dua manifesto, kita akan menjadi bahan ketawa di negara ini, seperti yang berlaku pada tahun 1990-an di mana terdapat dua blok pembangkang,” katanya dalam ucapan perasmian konvensyen tahunan DAP Selangor, pada Ahad.

azmin-dap-sel

azmin-dap-selMenteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang turut hadir dalam Konvesyen tahunan DAP negeri itu bersetuju dengan cadangan Kit Siang.

“Itu adalah pilihan lebih baik untuk menghantar mesej yang jelas kepada pengundi bahawa kita bersatu dan kita serius untuk melakukan perubahan dan pembaharuan,” kata Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Dalam ucaptama Konvesyen Pakatan Harapan pada Sabtu, Dr Mahathir berkata hanya satu cara saja untuk menewaskan BN iaitu dengan pakatan pembangkang perlu berdaftar sebagai satu parti, guna manifesto dan logo yang sama.

dr-m1

Dr Mahathir berkata pakatan pembangkang perlu bersatu dan meletakkan seorang calon dalam pilihan raya tanpa mengira daripada DAP, PKR, PAN atau PPBM.

“Dia adalah calon kita dan kita akan sokong (dalam pilihan raya). Dengan itu kita akan dapat kemenangan.

“Kalau kita teragak, (kalau) guna (logo) mana-mana parti mungkin ada yang tak sanggup undi. Mungkin dia sokong pakatan tapi (kata) ‘undi parti tu kami tak sanggup’,” katanya.

Katanya, parti-parti pembangkang banyak kelemahan pada masa itu menyebabkan kemenangan berpihak kepada BN.

“Macam BN, guna dacing, sebelum itu kapal layar. Jadi tidak ada lagi identiti dengan parti mana sebab itu mereka menang. Dan kita perlu guna strategi yang sama,” katanya.

dap-sel

 

Walau bagaimanapun, Kit Siang berpendapat pakatan pembangkang yang menggunakan satu manifesto yang diamalkan sebelum ini lebih efektif berbanding dengan kaedah mendaftar satu parti seperti BN.

Malah, Kit Siang meramalkan dengan kaedah satu manisfesto, pakatan pembangkang akan berjaya menawan lima buah negeri iaitu Selangor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor pada PRU14. – AIDCNews

lim1

Tags: DAPKit SiangMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Minta Rakyat Yakini Dasar Kerajaan

Next Post

PAS Kecam Kerajaan Selangor Bekerja Untuk Golongan Kaya

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

PAS Kecam Kerajaan Selangor Bekerja Untuk Golongan Kaya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd