• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Dijangka Tidak Alami Banjir Teruk

oleh Ahmad Albab
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Sarawak diramal tidak alami banjir teruk seperti tiga tahun lepas, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Sarawak (APM) Kolonel Mohtar Samat.

Mohtar berkata berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi sesetengah kawasan di Sarawak akan menerima taburan hujan yang tinggi tetapi hanya menyebabkan banjir kilat sahaja dan akan kembali sedia kala apabila air surut.

“Musim tengkujuh di Sarawak pada penghujung tahun ini tidak seteruk sehingga mengakibatkan banjir seperti berlaku pada 2013, 2014, 2015 dan awal 2016,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat pegawai bersekutu Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri hari ini.

Beliau berkata musim tengkujuh di Sarawak dijangka berlaku mulai bulan ini sehingga pertengahan bulan Januari 2017.

Walaupun tidak diramal banjir teruk di Sarawak, beliau berkata, APM sudah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan menghadapi banjir dengan fokus kepada operasi menyelamat di air.

Mohtar berkata sekiranya banjir, APM Sarawak bersedia mengerakkan 1,000 anggotanya pada satu jam pertama bagi membantu mangsa banjir serta operasi lain.

“Setiap daerah di seluruh Sarawak dianggarkan APM Sarawak mempunyai 70 hingga 100 anggota yang akan digerakkan,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh tersebut keseluruhannya sejumlah 5,000 anggota APM akan bertugas mengikut giliran sekiranya berlaku banjir.

Mengenai keperluan helikopter, beliau berkata bantuan udara boleh diberikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Untuk rekod, APM Sarawak mempunyai 17,896 pegawai dan anggota. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd