• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samun Bersenjata: ‘Geng Muruku’ Ditumpaskan

oleh AK-47
25/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Kumpulan samun bersenjata yang dikenali sebagai ‘Geng Muruku’ tumpas selepas sembilan anggotanya termasuk dua wanita ditahan, sekali gus menyelesaikan 10 kes di Lembah Klang dan Selangor sejak tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Lee Swee Meng berkata kesemua suspek yang berumur 17 hingga 48 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan sepanjang minggu ini.

Beliau berkata polis menyerbu sebuah hotel di Puchong dan menahan dua lelaki dan merampas dua kereta sewa yang disyaki digunakan untuk menyamun pada pukul 2.24 pagi Selasa lalu.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, kami seterusnya menyerbu dua kawasan perumahan di Petaling Utama dan Taman Cuepacs, Kuala Lumpur serta menahan sepasang suami isteri dan dua lelaki yang merupakan anggota geng itu pada hari yang sama.

“Pada serbuan kedua itu, kami menemui pelbagai jenis telefon bimbit dan barangan kemas disyaki hasil samun mereka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya di sini, hari ini.

Lee berkata hasil soal siasat membawa kepada penahanan seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan itu bersama seorang wanita di sebuah hotel di Jalan Kelang Lama pada Rabu lepas.

“Serbuan terakhir dibuat semalam di sebuah rumah di Puchong Indah pada pukul 10.30 malam dan polis berjaya menahan seorang lelaki,” katanya.

Menurut Lee, modus operandi kumpulan itu lazimnya menggunakan wanita yang akan menyamar untuk menghantar muruku atau hamper sebelum masuk dan menyamun rumah mangsa.

“Kesemua mereka direman tujuh hari sehingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Supt Lee Swee Meng
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dibuang Dalam Semak, Muka Bayi Bengkak Digigit Semut

Next Post

Ubat Tidak Berdaftar Bernilai RM207,000 Dirampas

Related Posts

No Content Available
Next Post

Ubat Tidak Berdaftar Bernilai RM207,000 Dirampas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd