• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU 355: ‘Sila Hormat, Jangan Cabar Hak Umat Islam’

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu semua pihak menghormati dan tidak mencabar hak umat Islam di negara ini seperti tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 olehnya di Dewan Rakyat semalam hanya tertakluk kepada umat Islam di negara ini dan tidak melibatkan penganut agama lain.

Malah katanya, usul berkenaan telah mendapat persetujuan antara PAS, UMNO serta sokongan badan-badan bukan kerajaan (NGO), Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman negara.

“Dalam perlembagaan sudah tertakluk bahawa umat Islam dan mereka bukan beragama Ialam di negara ini bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing.

“Tapi malangnya ia (usul) mendapat tentangan daripada beberapa pihak yang mempunyai kepentingan politik dan kita tahu mereka ini tidak mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini… kita harap isu ini tidak berlarutan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membantah pembentangan RUU 355 di Dewan Rakyat.

Ketika diminta mengulas permohonannya untuk membuat huraian berhubung cadangan pindaan itu pada persidangan dewan akan datang, Abdul Hadi berkata beliau berbuat demikian bagi memastikan semua pihak jelas mengenai RUU itu.

Anggota Parlimen Marang itu berkata RUU itu perlu dihuraikan dengan lebih teliti pada semua pihak supaya tidak timbul kekeliruan dan polemik dalam kalangan pelbagai pihak.

“Tidak betul jika ada pihak mendakwa saya sengaja melengahkan pembentangan usul itu. Saya mahu beri peluang dan ruang untuk penambahbaikan dan semua pihak memahami usul itu dengan cara yang betul, kita tak nak gopoh-gopoh.

“Pihak yang mendakwa saya sengaja melengahkan… mereka ini hanya utamakan kepentingan politik daripada kepentingan agama,” tegasnya. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangMahkamah SyariahRUU 355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd