• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Royalti Bauksit Kurang RM18 Juta Sejak Moratorium

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jumlah royalti daripada perlombongan bauksit yang diterima kerajaan negeri Pahang pada tahun ini berkurangan kira-kira RM18 juta sejak pelaksanaan tempoh moratorium bahan mineral itu bermula 15 Januari lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata royalti yang diterima sejak Januari hingga 31 Oktober lalu ialah RM29.25 juta berbanding royalti keseluruhan RM47.8 juta pada tahun 2015.

“Sejak Januari (tempoh) moratorium dilaksanakan, sedikit sebanyak memberi kesan (kepada pendapatan kerajaan negeri) kerana bauksit menyumbang walaupun tidak begitu besar kepada (pendapatan) kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, semasa menjawab soalan Datuk Fong Koong Fuee (BN-Cheka) yang bertanya jika pelaksanaan moratorium itu memberi impak kepada pendapatan negeri.

Adnan juga mengakui pelaksanaan moratorium yang telah beberapa kali dilanjutkan sebelum dijadualkan tamat pada 31 Dis ini banyak membantu mengatasi pencemaran di Kuantan yang berpunca daripada perlombongan bauksit.

Menjawab soalan tambahan Andansura Rabu (PAS-Beserah) berhubung kerosakan jalan raya akibat aktiviti pengangkutan bauksit ke Pelabuhan Kuantan yang boleh mendatangkan bahaya, beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya negeri untuk tindakan.

Berhubung dakwaan Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (BN-Tahan) bahawa pihak media memberikan laporan seolah-olah berlaku kemusnahan akibat perlombongan bauksit tidak terkawal, Adnan menyifatkan ‘perkara itu sebagai biasa’.

“Perkara yang elok jarang ditulis… jawapan balas daripada saya juga sering disiarkan ‘dengan kecil sahaja’.

“Tapi saya sendiri secara peribadi mengalu-alukan sebarang kritikan kerana hasil kritikan itu yang membolehkan kita sama-sama memperbaiki keadaan akibat perlombongan bauksit,” katanya. – BERNAMA

Tags: bauksitRoyalti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kilang Polister & Tekstil Cemar Alam Didenda RM60,000

Next Post

Jambatan Kg. Pulau Setelu Kini Boleh Dilalui Kenderaan

Related Posts

Keputusan Lanjut Royalti P Ramlee Ditentukan Akhir Tahun

Keputusan Lanjut Royalti P Ramlee Ditentukan Akhir Tahun

02/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan memberi tempoh hingga akhir tahun ini untuk membuat keputusan sama ada tempoh pembayaran royalti muzik kepada...

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Next Post

Jambatan Kg. Pulau Setelu Kini Boleh Dilalui Kenderaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd