• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Bersatu Menentang Campur Tangan Asing

oleh Ahmad Albab
05/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Rakyat Malaysia perlu bersatu padu menentang campur tangan asing yang cuba mencampuri urusan untuk menentukan kepimpinan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata walaupun berlainan pendapat, rakyat Malaysia tidak boleh membenarkan mana-mana pihak asing mencampuri politik negara.

“Kita harus bersatu padu dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan. Walaupun ada perbezaan pendapat di kalangan rakyat, namun kita mempunyai proses pilihan raya dan rakyat Malaysia yang akan menentukan parti mana yang harus memerintah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Kota Belud, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Salleh berkata campur tangan asing itu perlu ditentang habis-habisan kerana ia hanya menjejaskan perpaduan rakyat di Malaysia.

“Matlamat mereka (campur tangan asing) sangat jelas…mereka hanya menginginkan kerajaan yang mengikut telunjuk dan arahan, agar kerajaan kita selari dengan ideologi politik mereka,” katanya.

Baru-baru ini, DC Leak mendakwa Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki jutawan George Soros menyalurkan dana kepada pertubuhan awam tempatan termasuk Bersih, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower), Penang Institute, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Jawatankuasa Pilihan Raya Bebas (Comfrel).

Ia mendakwa OSF turut berusaha mempengaruhi pilihan raya negara ini menerusi program pergerakan pengundi mobiliti.

Dalam perkembangan lain, Salleh menyarankan agar Kemas membuat penambahbaikan modul pembelajaran, termasuk kegiatan atau program yang dikendalikan jabatan berkenaan dari semasa ke semasa.

“Ia selaras dengan perkembangan semasa dalam sebuah negara yang pesat membangun seperti Malaysia. Perkara itu penting bagi memastikan anak-anak kita di peringkat pendidikan awal mendapat pendedahan perkembangan terkini,” katanya. – BERNAMA

Tags: rakyat MalaysiaSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Data menunjukkan hampir 90 peratus rakyat Malaysia hanya menggunakan secara purata 100 liter petrol sebulan. Ia bermakna...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd