• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelab Rotary Perlis Perlu Aktif Bantu Perkasa Pendidikan

oleh Ahmad Albab
13/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar Kelab Rotary Perlis yang dihidupkan semula selepas 26 tahun aktif dalam bidang pendidikan terutama membantu pelajar daripada keluarga miskin.

Menurut baginda, pendidikan merupakan elemen penting untuk merubah generasi muda ke arah menuju negara maju dan berpendapatan tinggi.

“Pendidikan amat dekat di hati beta selain bencana atau musibah yang menimpa negeri dan rakyat,” titah baginda ketika berkenan merasmikan Charter Night kelab itu bertemakan ‘Night of Enchantment: A Musical Adventure’ di Dewan Sri Elham, Resort Tasik Tasoh di sini, malam tadi.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat sama ke majlis itu yang turut dihadiri lebih 300 tetamu yang mewakili 49 daripada 80 kelab rotary di seluruh negara termasuk wakil dari Bangladesh dan Thailand.

Majlis itu bertujuan meraikan penubuhan semula Kelab Rotary Perlis, pelantikan anggota jawatankuasa serta penyerahan sijil dan watikah pelantikan presiden baharu yang disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda juga berkenan menyaksikan majlis angkat sumpah dan penyerahan Rotary Induction Kits kepada presiden dan anggota jawatankuasa baharu kelab itu. – BERNAMA

Tags: Pendidikanraja muda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd