• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Akhiri 2016 Dengan Lancar Model Terbaharu Ertiga

oleh
25/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Proton Holdings Bhd. (Proton), melancarkan Proton Ertiga, kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak pertama berstatus kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia.

Ia merupakan model keempat diperkenalkan oleh syarikat automotif itu dalam pasaran pada tahun ini sekali gus mengakhiri 2016 selepas kejayaan pelancaran model versi baharu Perdana, Persona dan Saga.

Proton Ertiga dengan enam tempat duduk dilengkapi enjin 1.4 liter ditawarkan pada harga bermula RM58,800 hingga RM64,800 sebuah untuk Semenanjung Malaysia.

MPV berkenaan merupakan model pertama hasil kerjasama Proton dengan Suzuki Motor Corporation (Suzuki) dari Jepun, dan didatangkan dalam dua varian iaitu Executive (manual dan automatik) dan Executive Plus.

Ertiga merupakan model terak­hir dilancarkan Proton pada tahun ini selepas Perdana, Persona dan Saga dalam usaha syarikat kereta nasional itu mengukuhkan kedudukannya dalam industri automotif tempatan.

ertiga1

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, pihaknya menyasarkan jualan Ertiga sebanyak 1,500 buah sebulan dan 18,000 buah setahun meskipun persekitaran ekonomi semasa yang mencabar.

Beliau yang ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Proton Ertiga di sini turut yakin pelancaran Ertiga tidak akan menjejaskan jualan Exora kerana kedua-dua­nya merupakan MPV dalam segmen yang berbeza.

“Ertiga merupakan pelengkap kepada Exora kerana Ertiga merupakan MPV segmen B, manakala Exora segmen C dengan saiz lebih besar, tujuh tempat duduk dan harga lebih mahal,” katanya kepada pemberita.

Majlis pelancaran tersebut di­sempurnakan oleh Pengerusi DRB-Hicom, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil dan turut dihadiri Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar.

Menurut Ahmad Fuaad lagi, Proton Ertiga bukan sahaja menjimatkan minyak, malah MPV itu juga direka untuk menawarkan keluasan ruang dan keselesaan kepada pengguna dengan sasaran golongan berkeluarga kecil.

ertiga2

Jelasnya, kenderaan itu ketika ini mempunyai komponen 15 peratus kandungan tempatan dan pihaknya akan meningkatkan jumlah tersebut dari semasa ke semasa.

“Langkah meningkatkan kan­dungan komponen tempatan penting bagi membantu perkembangan industri automotif tempatan,” kata beliau lagi.

Menurut Ahmad Fuaad, Proton malah sentiasa mempertingkatkan kualiti kenderaan keluarannya bagi memastikan ia berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran.

Mengenai pasaran eksport, beliau memberitahu, Proton sentiasa meninjau peluang dan akan berbuat demikian sebaik sahaja me­ngenal pasti negara yang berminat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ErtigaProton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd