• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPR Lembah Subang 1: Noh Kesal Selangor Tuntut RM50.2j

oleh Ahmad Albab
14/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG – Tindakan kerajaan Selangor menuntut bayaran RM50.2 juta ketika rundingan pengambilalihan pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sangat mengecewakan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata sejak diserahkan tanggungjawab mengurus PPR itu pada 2008, kerajaan negeri telah menikmati kira-kira RM4.5 juta setahun bayaran sewa daripada kira-kira 3,000 penghuninya.

“Dalam masa sama walaupun ketika itu Barisan Nasional (BN) kalah di Selangor tetapi disebabkan tanggungjawab kami nak bantu penduduk di situ, kami juga belanja RM22 juta pada 2002 untuk menyelenggara PPR itu.

“Jadi saya minta supaya kalau ada apa juga perbincangan (mengenai bayaran RM50.2 juta) kita letak ke tepi dululah. Benarkan kita (KPKT) masuk dulu…kita utamakan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Festival Sains Teknologi dan Inovasi Kebangsaan (Festasi 2016) anjuran Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Noh dalam pada itu berkata pihaknya telah meminta kerajaan negeri mengemukakan perincian perbelanjaan penyelenggaraan yang telah dikeluarkan sepanjang menguruskan PPR itu.

Mengenai kekangan yang kemungkinan dihadapi KPKT dalam rancangannya untuk membina 1,000 PPR di Selangor, Noh berkata pihaknya mempunyai strategi sendiri untuk menghadapi keadaan itu.

“Kami lihat bagaimana negeri akan beri kerjasama, kalau susah nak dapat (kerjasama) kami ada strategi untuk membela nasib rakyat Selangor dalam memberi peluang kepada mereka memperoleh kemudahan PPR,” katanya. – BERNAMA

Tags: Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd