• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab

oleh AK-47
10/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) awal pagi Rabu, beberapa wanita Islam Amerika yang meluahkan rasa ketakutan ke atas keselamatan mereka ketika memakai hijab.

Sesetengah umat Islam di AS memberi respon mereka terhadap komen menghina Trump mengenai agama Islam serta cadangan pengharaman kemasukan pendatang Islam, menerusi media sosial seperti Twitter.

Ketakutan Muslim di AS juga tidak hanya terhad kepada penghapusan identiti mereka sebagai umat Islam, tetapi juga polisi-polisi Trump yang lain seperti isu pengharaman mengugurkan janin dan kebajikan pelarian.

Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab

“Trump menang – sepupu saya mungkin dihantar pulang, saya takut untuk memakai hijab, wanita dihukum kerana menggugurkan kandungan, pelarian Syria menderita,” kata seorang wanita, @tyzilla di akaun Twitter miliknya.

Apa yang lebih meruntun jiwa, dakyah-dakyah Islamofobia dan perkauman Trump itu seakan-akan menjadi satu kaedah untuk melakukan brainwash ke atas pemikiran kanak-kanak dan generasi muda.

Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab

Menurut seorang lagi pengguna Twitter, @lxmyaaa: “Adik saya berumur 8 tahun hanya memberitahu saya dia takut untuk menjadi Muslim. Luahannya mematahkan hati saya. Saya sedang menangis. Usahlah berkata bahawa kata-katanya tidak bermakna.”

Kerisauan melampau umat Islam di sana juga turut menjadikan segelintir daripada mereka berfikir secara tidak rasional, sehingga tergamak meninggikan suara kepada isteri semata-mata tidak mahu wanita itu menutup auratnya.

Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab

“Suami saya menjerit kepada saya kerana memakai tudung. Dia menjadi takut secara tiba-tiba dan merayu kepada saya untuk tidak memakai hijab kerana terlalu risau saya akan dicederakan,” kata @mariyamkhalaf.

Wanita berkata mereka takut bahawa hijab yang dipakai akan memberi impak kurang baik kepada kepercayaan mereka.

Malah, ada wanita yang bercadang untuk tidak memakai hijab mereka oleh kerana terlalu tertekan akan kemungkinan untuk diserang.

Namun, masih ramai wanita Islam yang kuat semangat dan berkata bahawa kemenangan Trump itu tidak menghalang mereka daripada terus menutup aurat seperti yang dituntut oleh agama. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Islamophobia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JPN Daftar Lebih Setengah Juta Anak Tidak Sah Taraf

Next Post

India Haram Wang 500 Dan 1,000 Rupee Elak Korupsi

Related Posts

Tindakan Ganas Tidak Kurangkan Islamofobia – Mahathir

19/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan perlunya untuk umat Islam di sebalik kemarahan dan kekecewaan mereka mengelak daripada...

Salahkah Melayu Bersatu Selesaikan Masalah Sendiri? – Hadi

06/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pihak yang mengkritik keputusan parti Islam itu menyertai Kongres...

Next Post

India Haram Wang 500 Dan 1,000 Rupee Elak Korupsi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd