• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Unsur Sabotaj Punca Pencemaran Sungai

oleh Ahmad Albab
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima beberapa laporan berkenaan pencemaran Sungai Buah di Nilai, Negeri Sembilan yang mengalir ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, termasuk dakwaan pencemaran adalah disebabkan sabotaj pihak tertentu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara berkenaan.

“Ya, kami ada terima laporan (punca pencemaran Sungai Buah) dan antara punca pencemaran adalah kemalangan melibatkan sebuah lori tangki yang membawa sejenis bahan kimia.

“Itu adalah salah satu puncanya dan kami juga bekerjasama dengan Jabatan Kimia untuk mengenal pasti sebab-sebab lain punca pencemaran sungai itu, termasuk kemungkinan adanya unsur sabotaj,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Mengatur Langkah Menangani Jenayah Berat’ anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan PDRM, di sini hari ini.

Pada 29 Okt lepas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata siasatan bersepadu akan dilakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca pencemaran di sungai itu.

LRA Sungai Semenyih ditutup lebih lima kali tahun ini akibat pencemaran dengan yang terbaru berlaku pada 23 Okt lepas akibat pencemaran di Sungai Semenyih yang disyaki berpunca daripada kawasan perindustrian di Nilai.

Penutupan loji itu mengakibatkan gangguan air sementara di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata Balai Polis di Sibu, Sarawak tidak pernah ditutup pada waktu malam dan hanya pagar sahaja yang ditutup atas faktor keselamatan.

“Apa yang berlaku sekarang adalah salah faham orang yang melaporkannya, balai polis di Sibu tidak pernah dikunci mahupun ditutup, cuma pagar sahaja ditutup tapi kalau orang hendak datang buat laporan polis boleh sahaja datang.

“Bukan sahaja pagar balai polis di Sibu ditutup malah balai-balai polis lain yang terpencil juga pagarnya ditutup atas faktor keselamatan,” katanya ketika mengulas mengenai salah faham yang berlaku apabila ada pihak yang mendakwa balai itu ditutup pada waktu malam dan tidak beroperasi. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd