• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Miliki Integriti Tinggi Memasuki Alam Pekerjaan

oleh Ahmad Albab
06/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan siswazah supaya mempunyai sifat jujur, amanah dan cekap dalam diri masing-masing terutama ketika hendak memasuki alam pekerjaan.

Abdullah yang juga Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) berkata, elemen integriti merupakan salah satu etika kerja yang sangat penting kepada pencapaian hasil kerja berkualiti tinggi.

“Dengan adanya integriti kerja ia berupaya mewujudkan persekitaran kondusif dalam organisasi serta penghasilan mutu kerja berkualiti tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen UTP ke-16 di Seri Iskandar dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, 87 graduan dianugerah Ijazah Doktor Falsafah, 138 menerima Ijazah Sarjana, manakala 1,244 lagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan Teknologi.

Turut hadir, Pro Canselor UTP, Tan Sri Sidek Hassan dan Naib Canselor UTP, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim.

Abdullah juga menasihati siswazah agar dapat turut sama dalam proses pembangunan negara dengan sentiasa berusaha ke arah penciptaan kekayaan.

“Siswazah perlu menggunakan ilmu diperoleh dengan inovasi dan kreativiti supaya dapat memberi nilai tambah dan akhirnya membawa kesejahteraan kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Abdullah berkata, menjadi harapan universiti agar siswazah dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman semasa di institusi pengajian tinggi bagi kemajuan serta kemakmuran masyarakat dan negara.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata UTP berjaya melakar sejarah apabila menjadi universiti swasta pertama dianugerahkan penarafan enam bintang oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

Beliau berkata penarafan itu dinilai oleh Instrumen Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) bagi kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi.

Selain itu, UTP menempa nama di peringkat dunia dengan tersenarai dalam World University Times Education Ranking 2016 di kedudukan 601 hingga 800, selain QS World University Ranking 2016 pada kedudukan 601 hingga 650, katanya.

Beliau berkata, di peringkat Asia pula, sejak penyertaan UTP di QS Asia University Ranking pada 2013, universiti itu kini berada di kedudukan 127 iaitu peningkatan 74 kedudukan berbanding pada awal penglibatannya.

“Sementara itu, daripada 10 program Sarjana Muda ditawarkan di UTP, tiga daripadanya tersenarai antara 300 program terbaik dunia iaitu Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanikal serta Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, katanya.

Beliau berkata pelbagai kejayaan yang dilakar itu membuktikan UPT mampu bersaing dengan universiti lain di dunia, sekaligus mengorak langkah muncul universiti swasta terbaik di negara ini. – BERNAMA

Tags: Tun Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM15j Perkasa Khidmat Pos Luar Bandar Di Sarawak

Next Post

Shahidan Minta MADA Tetapkan Tempoh Meracun Sawah

Related Posts

Dokumentari Khas Tun Abdullah Akan Ditayang

Dokumentari Khas Tun Abdullah Akan Ditayang

15/04/2025
0

Kuala Lumpur: Dokumentari khas mengenai Tun Abdullah Ahmad Badawi akan ditayangkan bagi menunjukkan profil pencapaian semasa menjadi perdana menteri serta...

Sultan Nazrin Puji Peranan Abdullah Tingkatkan Integriti

31/10/2016
0

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini memberi penghormatan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad...

Next Post

Shahidan Minta MADA Tetapkan Tempoh Meracun Sawah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd