• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Periksa Tarikh Luput Produk Kosmetik Anda!

oleh Ahmad Albab
09/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebelum mengoles gincu atau menyapu pemerah pipi kegemaran anda, berapa ramai pengguna barangan mekap yang memeriksa tarikh luput produk kosmetik mereka sebelum menggunakannya?

Mungkin tidak ramai yang melakukan perkara itu kerana kebanyakan pengguna masih bersikap sambil lewa mengenai perkara itu tanpa menyedari mereka sebenarnya terdedah kepada pelbagai risiko termasuk masalah kulit dan jangkitan mata akibat penggunaan kosmetik tamat tempoh.

Pensyarah Kanan Perubatan dan Pakar Dermatologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Kartini Farah Rahim berkata produk kosmetik yang sudah tamat tempoh sememangnya tidak boleh digunakan kerana boleh mengakibatkan pengguna kosmetik mendapat iritasi kulit, alergik kulit dan infeksi kuman terutamanya di kawasan mata.

“Antara kes yang teruk daripada penggunaan produk kosmetik yang sudah luput tarikh adalah infeksi mata iaitu radang kelopak mata (blepharitis) dan radang lapisan luar mata (konjunktivitis) yang lazimnya akibat penggunaan produk kosmetik seperti celak mata, maskara dan pembayang mata yang telah tamat tempoh.

“Bilangan pesakit yang tampil untuk mendapatkan rawatan berkaitan adalah ramai dan kebanyakannya mudah dirawat jika datang berjumpa dengan doktor dengan kadar segera,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr. Kartini berkata terdapat juga pengguna kosmetik yang tidak mengetahui cara untuk melihat tarikh luput sesuatu produk.

Katanya, pengguna kosmetik perlu memastikan tarikh luput produk tersebut seperti melihat tanda ‘open jar’ yang tertera contohnya ‘6M’, bermakna produk kosmetik itu luput setelah enam bulan dibuka.

“Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan kaedah ‘lihat, bau, sentuh’ dan sekiranya kelihatan bertukar warna, bertukar bau dan tekstur bahan kosmetik tersebut sudah berubah, maka produk kosmetik itu tidak boleh digunakan lagi,” katanya.

Dr. Kartini berkata, beliau percaya ramai yang akan berisiko jika tahap kesedaran masih rendah dalam kalangan pengguna produk kosmetik.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd. Yusof Abdul Rahman pula berpendapat kebanyakan pengguna kosmetik tidak sedar penggunaan produk kosmetik yang sudah tamat tempoh juga boleh menjejaskan kesihatan menyebabkan mereka tidak melihat perkara itu secara serius.

“Ramai yang menyangka makanan sahaja yang mempunyai tarikh luput kerana boleh menjejaskan kesihatan dan tarikh luput produk kosmetik dilihat sebagai sesuatu yang tidak penting, khususnya kesan produk tersebut sendiri.

“Aduan mengenai makanan yang tidak mempunyai tarikh luput biasanya banyak diterima pihak kami, tetapi berkaitan dengan produk kosmetik agak kurang kerana tahap kesedaran dalam kalangan pengguna itu sendiri masih rendah,” tambah beliau.

Katanya, pengguna kosmetik seharusnya mengambil perhatian yang khusus terhadap perkara ini dan lebih peka dari segi keberkesanan seperti yang diharapkan. – BERNAMA

Tags: kosmetik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Kesihatan P. Pinang Serbu Pemborong Produk

25/10/2018
0

BUKIT MERTAJAM - Sebuah premis pemborong kosmetik di sebuah pasar raya besar di sini diserbu sepasukan pegawai dan anggota daripada...

Penguatkuasaan Perkhidmatan Kosmetik, Estetik Ditingkatkan

20/08/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan sedang meningkatkan penguatkuasaan terhadap perkhidmatan terapi estetik dan kosmetik bagi menangani penawaran khidmat kecantikan yang melanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd