• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Kuning, Merah, Hitam Dan Putih Esok Haram

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sekali lagi mengulangi bahawa perhimpunan Bersih 5.0 dan badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) esok gagal memenuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis telah menerima notis daripada Bersih 5.0 pada 28 Okt untuk membuat perhimpunan di Dataran Merdeka manakala GNGMM pada 1 Nov untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok.

“Kedua-dua notis kumpulan ini tidak diproses kerana mereka gagal mendapatkan kebenaran daripada tuan punya tanah/tapak di mana perhimpunan diadakan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang telah disyaratkan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

“Polis KL (Kuala Lumpur) telah menasihati dan mencadangkan kedua-dua kumpulan ini untuk menganjurkan perhimpunan mereka di tempat yang sesuai dan mendapat kebenaran daripada tuan punya seperti mana kehendak Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini malam ini.

Menurut beliau malangnya sampai hari ini kedua-dua kumpulan itu tidak dapat mengemukakan cadangan alternatif yang sesuai.

Dalam pada itu Amar Singh berkata dua lagi kumpulan lain juga dijangka akan turut serta dalam perhimpunan esok iaitu kumpulan Baju Putih dan kumpulan Baju Hitam.

“Akan tetapi tiada sebarang permohonan/notis diterima daripada kumpulan ini,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata dengan adanya keempat-empat kumpulan ini mengadakan perhimpunan di tempat yang sama, tarikh yang sama dan fahaman berbeza ada kemungkinan besar akan berlaku selisih faham dan akan menimbulkan kekacauan pada masa perhimpunan itu bertembung.

“Polis menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram dan mana-mana kumpulan ini baik kuning, merah, putih dan hitam,” katanya. – BERNAMA

Tags: BERSIH 5
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Mahu Anjur Perhimpunan Lebih Besar Daripada BERSIH 5

28/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Satu perhimpunan jauh lebih besar berbanding BERSIH 5 akan diadakan oleh PAS awal tahun depan tetapi bagi...

Pekerja Asing Dipukul Majikan Kerana Bermain Ketika Kerja

28/11/2016
9

KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul bertubi-tubi dengan kayu viral di media sosial sejak malam tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd