• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Bersih, Baju Merah Undang Imej Negatif

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 dan Gerakan Baju Merah menjejaskan sektor pelancongan negara kerana ia memberikan imej negatif kepada pelancong luar yang berkunjung.

Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Datuk Hamzah Rahmat berkata perhimpunan seumpama itu secara tidak langsung menimbulkan persepsi tidak baik kepada pelancong untuk kembali ke negara ini.

“Mengetahui keadaan ini (perhimpunan) tentunya pelancong rasa ragu-ragu untuk datang, ia merupakan satu kerugian kepada negara.

“Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana kedatangan pelancong menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Turut bersetuju, Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) Uzaidi Udanis yang berpendapat, perhimpunan itu akan memberikan persepsi negatif terhadap keamanan negara.

“Malaysia selama ini dianggap antara negara yang mesra dan aman, sebolehnya kita mahu pelancong bawa pulang kenangan manis apabila pulang ke negara asal bukan pengalaman melihat perhimpunan,” katanya.

Ejen Pelancongan Mokhdzar Abdullah berpendapat ramai pelancong luar dan dalam negara akan mengelak daripada mengunjungi ibu kota atas faktor keselamatan.

“Penganjur perhimpunan menyasarkan tempat tarikan utama pelancong seperti Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, jadi pergerakan pelancong akan terbatas kerana berasa bimbang, kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku,” katanya.

Sementara itu penjawat swasta Shahful Salleh, 31, berkata impak demonstrasi jalanan akan dirasai oleh semua warga kota disebabkan ramai yang terpaksa mengelak daripada keluar ke bandar sekaligus membatalkan urusan penting yang telah dirancang.

“Cuti hujung minggu sepatutnya dimanfaatkan untuk beriadah dan melakukan aktiviti yang tidak dapat dilakukan pada hari bekerja namun demonstrasi ini membuatkan orang terpaksa memilih duduk di rumah sahaja,” katanya.

Pelancong Australia, Barry Conde, 70, berkata pergerakannya nanti agak terbatas kerana banyak jalan yang akan ditutup dan mesti sukar hendak dapatkan pengangkutan awam kerana demontrasi itu.

“Saya datang ke Malaysia setiap tahun untuk melawat keluarga saya dan membeli belah. Tetapi malangnya tahun ini saya datang pada waktu yang salah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Baju MerahBERSIH 5
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pos Malaysia Keluar Koleksi Setem 5 Rumah Ibadat

Next Post

Tweet Kongsi Lubang Isteri Viral Di Internet

Related Posts

Jamal Direman 5 Hari Kes Ceroboh Pusat Judi Selangor

04/02/2017
0

AMPANG - Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang ditahan polis langsung di kediamannya di sini semalam...

Isu Pusat Judi Haram: Jamal Hairan Polis Kepung Rumahnya

02/02/2017
0

TERKINI: Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis di rumahnya di Ampang, 3 petang ekoran tindakan kumpulan Gerakan Baju Merah menceroboh masuk...

Next Post

Tweet Kongsi Lubang Isteri Viral Di Internet

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd