• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Akan Pinda Sistem Pemilihan Pemimpin Pusat

oleh AK-47
05/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung MCA Ke-63 pada 12 dan 13 November ini akan menyaksikan pengundian mengenai pindaan ke atas perlembagaan parti untuk meningkatkan jumlah perwakilan dalam pemilihan kepimpinan pusat.

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata cadangan baharu sistem pemilihan itu akan membenarkan 32,825 wakil bahagian, dipilih dalam kalangan anggota cawangan untuk memilih pemimpin pusat di pusat pengundian yang ditetapkan.

“Ini berbeza dengan sistem semasa, yang hanya 2,385 perwakilan, dipilih daripada bahagian, yang dibenarkan mengundi kepimpinan pusat di ibu pejabat.

Matlamat akhir ialah untuk membenarkan setiap anggota untuk mengundi, tetapi sebelum kami mencapainya kami perlu memperluaskannya (sistem undian) untuk wakil bahagian terlebih dahulu,” beliau memberitahu pemberita di Wisma MCA di sini hari ini.

Ong berkata pindaan ke atas perlembagaan parti itu memerlukan undi dua pertiga daripada perwakilan pada perhimpunan agung nanti.

Kali terakhir MCA meminda perlembagaannya ialah pada 2012 untuk membenarkan pemilihan parti ditunda kepada 36 bulan daripada 42 bulan, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Dalam 2004, perlembagaannya dipinda untuk mengehadkan tempoh seseorang presiden itu berkhidmat tidak lebih daripada sembilan tahun atau tiga penggal.

Ditanya mengenai gesaan sayap Pemudanya supaya MCA menerima bukan Cina sebagai anggota gabungan, Ong berkata cadangan itu memerlukan “sesi percambahan minda yang amat serius” kerana ia boleh mengubah prinsip asas perlembagaan parti, yang menyatakan hanya rakyat Malaysia berketurunan Cina boleh diterima sebagai anggota parti.

“Mungkin kita boleh bermula dengan sebuah kelab gabungan pada awalnya, seperti yang ada pada PAS, Kelab Penyokong PAS,” katanya. – BERNAMA

Tags: MCAPerhimpunan Agung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd