• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penurunan Ringgit Tak Seburuk Yang Didakwa

oleh Ahmad Albab
29/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata prestasi ringgit yang dikatakan sedikit menurun berbanding dolar Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini bukanlah seburuk yang didakwa sesetengah pihak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata beliau hari ini mengadakan perbincangan dengan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim mengenai prestasi ringgit.

Katanya berdasarkan carta prestasi mata wang antarabangsa termasuk ringgit, didapati terdapat mata wang yang lebih lemah ekoran kesan luar kawalan.

“Ada mata wang lain yang prestasinya lebih buruk daripada ringgit. Ada juga (mata wang) yang lebih baik. Kita duduk di tengah-tengah.

“Dan ini kalau kita tengok dari segi pelbagai mata wang, kita tidak menurun sangat, cuma dengan dolar Amerika. Jadi ini adalah kerana kesan luaran yang di luar kawalan kita,” kata beliau pada program Soal Jawab Khas menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini hari ini.

Program sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Najib yang juga Presiden UMNO turut mengingatkan agar rakyat tidak terkeliru dengan kesan penurunan mata wang tersebut memandangkan ia adalah faktor yang berada di luar kawalan.

Beliau turut menjelaskan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat dan dasar-dasar tertentu, umpamanya membawa kepada implikasi bukan sahaja kepada dunia tetapi juga Malaysia. – BERNAMA

Tags: Ringgit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd