• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peningkatan Kos Sara Hidup Berpunca Daripada Luaran

oleh
20/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan ekonomi negara yang mencabar pada masa ini sehingga meningkatkan kos sara hidup rakyat adalah disebabkan oleh faktor luaran dan bukannya faktor dalaman, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Katanya parti politik dan kerajaan yang ada tidak akan bertindak memberikan kesengsaraan seperti itu kepada rakyat kerana ia akan mengurangkan sokongan mereka.

“Kita faham dan kerajaan bertindak balas mengikut kemampuannya dalam keadaan ekonomi yang agak bercelaru dari segi cabarannya.

“Keadaan ini terpaksa diterjemahkan kepada pengurangan subsidi ataupun penstrukturan semula subsidi dan ini adalah respons kita kepada faktor luaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi speaker Sesi Pertama: Diskusi Ekonomi pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 yang dipengerusikan anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Irmohizam Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Terdahulu dalam sesi soal jawab diskusi itu, Abdul Rahman berkata hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjaya menyelamatkan kewangan negara ekoran penurunan harga minyak di pasaran dunia sejak 2014.

Katanya pendapatan negara daripada penjualan minyak kira-kira RM40 bilion menurun separuh ekoran kejatuhan harga minyak.

“Bayangkan anda kehilangan separuh daripada gaji anda setiap bulan tanpa notis dan pemberitahuan awal. Itulah yang berlaku ekoran penurunan harga minyak.

“GST lah yang telah menyelamatkan kita dan sejarah negara kita akan memberikan satu pujian kepada kepimpinan parti kita kerana berani untuk mewujudkan GST,” katanya.

Konvensyen ini akan memperhalusi usul bagi Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun ini daripada 691 usul yang telah dibincang dan dipersetujui di pelbagai peringkat parti sebelum ini.

Kesemua usul yang dirumuskan kemudiannya akan disalurkan kepada kluster usul untuk dibahaskan pada PAU nanti. – BERNAMA

Tags: Kos Sara HidupRahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Pengerusikan Mesyuarat Khas Bincang Kos Sara Hidup

Anwar Pengerusikan Mesyuarat Khas Bincang Kos Sara Hidup

27/11/2022
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022...

Kos Sara Hidup Tumpuan Utama Anwar

Kos Sara Hidup Tumpuan Utama Anwar

25/11/2022
0

PUTRAJAYA : Isu kos sara hidup, khususnya berkaitan harga barangan yang semakin menekan kehidupan rakyat Malaysia ketika ini, menjadi keutamaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd