• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan Air Di Sabah Tidak Memuaskan – JAN

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pengurusan kawal selia air di Sabah ‘kurang memuaskan’, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 hari ini.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya sedang meneliti kelemahan dalam amalan, sistem dan prosedur Jabatan Air Negeri Sabah bagi tujuan penambahbaikan proses kerja khusus berkaitan perolehan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur.

“Usaha ini bagi menutup ruang dan peluang daipada belakuknya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pelaksanaan projek-projek JANS,” kata SPRM dalam satu kenyataan.

Bulan lepas, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah JANS dan merampas lebih RM114.5 juta setakat ini.

Laporan Ketua Audit Negara itu menyebut audit dijalankan antara bulan Mac 2016 hingga Julai 2016 yang mendapati, antara lain, pembinaan empangan belum dilaksanakan kerana menunggu pihak kejuruteraan.

Selain itu, katanya, kajian keperluan air juga tidak dilaksanakan di peringkat daerah untuk menilai kesediaan air berbanding keperluan air.

Menurut laporan berkenaan, bagi tempoh tahun 2013 hingga 2015, Bahagian Sumber Air telah diperuntukkan sejumlah RM680,000 untuk mengurus dan sebanyak RM560,000 atau 82.53 peratus telah dibelanjakan.

Laporan itu menyarankan agar satu badan kawal selia air ditubuhkan bagi memastikan pengurusan kawal selia air dijalankan dengan cekap dan teratur.

“JPS hendaklah mempercepatkan proses pewartaan bagi memastikan kawasan tadahan air sentiasa dilindungi serta menguatkuasakan perlesenan bagi menjana hasil dan memantau aktiviti air,” menurut laporan itu. – BERNAMA

Tags: Jabatan Audit NegaraJANSKetua Audit Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengurusan Projek ECER Dapat Teguran Ketua Audit Negara

Pengurusan Projek ECER Dapat Teguran Ketua Audit Negara

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kelemahan dalam pengurusan projek Sungai Nadi Kehidupan antara satu daripada tiga isu signifikan dibangkitkan dalam Laporan Ketua...

Menteri Rayu Keputusan Mahkamah Lantikan Pengarah JANS

15/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu baru-baru...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd