• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Didakwa Rompak Berkumpulan Guna Parang

oleh AK-47
11/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan menggunakan sebilah parang panjang terhadap seorang jurutera teknologi maklumat (IT) pada Isnin lepas.

Chau Teck Seng, 37, didakwa bersama-sama individu yang masih bebas merompak cincin, rantai, dua unit komputer riba, satu telefon bimbit, dua unit kamera Canon dan Nikon, satu unit Ipad, tiga utas jam tangan jenama Ferrari, Casio dan Seiko, juga mata wang Rupee RS3,000 dan USD$700 milik Harmender Singh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di nombor 44, Jalan Ibu Kota Satu, Taman Ibu Kota, Setapak, di sini pada 1.30 tengah hari, 7 Nov lepas mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff tidak menawarkan jaminan bagaimanapun katanya sekiranya mahkamah membenarkan ikat jamin ia perlu disertakan dengan beberapa syarat tambahan.

Peguam Vincent Chew yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan jumlah jaminan yang rendah memandangkan isteri anak guamnya bekerja sebagai tukang gunting rambut berpendapatan hanya RM1,500 dan mempunyai dua orang anak berusia 17 dan 14 tahun.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran, dan tidak boleh mendekati saksi pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 28 Disember untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, tiga penjaga kelab malam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan terhadap seorang juruteknik yang merupakan pengunjung kelab berkenaan.

Yusril Hasril Abdul Hamid, 30, Bayu Fernador, 29, dan Mohd Farees Azzemi, 21, dituduh merompak sebentuk cincin perak, dua bentuk cincin suasa, seutas jam tangan, dompet dan wang tunai RM2,300 milik juruteknik itu di kelab malam itu di Wangsa Maju, di sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Rohatul membenarkan kesemua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri dua kali sebulan di balai polis berhampiran, tidak mengganggu saksi pihak pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
`
Mahkamah menetapkan 5 Disember untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Parangrompakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Reput Dijumpai Dalam Ladang Sawit Di Bukit Mertajam

Next Post

Budiman Mohd Zohdi Dilantik Pengerusi Baharu ITBM

Related Posts

Polis Cedera, Putus Urat Pergelangan Tangan Dilibas Parang

Polis Cedera, Putus Urat Pergelangan Tangan Dilibas Parang

02/08/2024
0

TELUK INTAN - Dua anggota polis cedera di tangan ketika bergelut menahan seorang pengedar dadah di sebuah rumah di Taman...

Adik Tak Mengaku Bersalah Tetak Abang Dengan Parang

Adik Tak Mengaku Bersalah Tetak Abang Dengan Parang

12/06/2024
1

Alor Gajah : Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah, di sini, hari ini, atas pertuduhan menetak abang kandungnya...

Next Post

Budiman Mohd Zohdi Dilantik Pengerusi Baharu ITBM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd