• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penembak Pesawat MH17 Dijangka Diketahui 2018

oleh Ahmad Albab
16/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 dijangka diketahui selewat-lewatnya pada 2018.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pada masa ini, Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) telah mengenal pasti identiti 100 individu yang dapat dikaitkan dengan tragedi itu.

“Mereka perlu memanggil tiap seorang daripada mereka bagi menyiasat segala butiran dan apabila kita dah mengenal pasti siapa yang menembak, kemudian kita akan gunakan kuasa kita untuk gunakan mahkamah di Netherlands untuk mendakwa,” katanya.

Liow menyatakan demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Pesawat Boeing B777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, apabila ditembak di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.

Mengenai MH370, beliau berkata laporan teknikal terperinci dijangka dikeluarkan pada awal tahun depan selepas proses pencarian seluas 120,000 kilometer persegi selesai dijalankan.

Beliau berkata pasukan pencarian yang melibatkan Australia, China dan Malaysia juga akan menangguhkan sementara proses pencarian jika masih gagal menemui pesawat berkenaan selepas selesai pencarian di selatan Lautan Hindi.

“Kita tidak akan berhenti, sebaliknya akan menangguhkan seketika proses pencarian pesawat itu sehingga mendapat petunjuk-petunjuk baharu,” katanya.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Sementara itu, Liow menegaskan kos terperinci projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) akan diumumkan oleh kerajaan dan meminta semua pihak supaya tidak memutarbelitkan isu berkenaan.

Beliau berkata jumlah RM55 bilion bagi pelaksanaan projek itu hanya anggaran dan belum dimuktamadkan.

“Sekarang belum lagi bagi projek ini kepada syarikat tersebut, ini setakat anggaran sahaja dan nothing is final (belum muktamad), sebab itu bila sampai ke perjanjian muktamad, kita akan beritahu setiap kilometer berapa kosnya, berapa terowong, berapa jambatan… tunggulah, sabar sikit,” katanya. – BERNAMA

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tambang MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang Bermula RM1

Next Post

Dipukul Dengan Helmet, Rambut Dipotong Guna Pisau

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

Next Post

Dipukul Dengan Helmet, Rambut Dipotong Guna Pisau

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd