• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penahanan Maria Chin Tiada Kaitan Dengan Politik

oleh Ahmad Albab
23/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 dibuat berdasarkan bukti dan tiada kaitan dengan politik, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata penahanan itu dilakukan berdasarkan dokumen yang ditemui dipejabat Maria yang dilihat cuba menggugat demokrasi berparlimen negara ini.

“Pada 18 Nov, satu serbuan telah dilakukan di pejabat Bersih…hasil pemeriksaaan, kita menjumpai dokumen yang memberi petunjuk bahawa satu kesalahan telah dilakukan di bawah (Seksyen) 124c Kanun Keseksaan iaitu menggugat amalan demokrasi berparlimen di Malaysia.

Oleh kerana kita cukup alasan untuk menyiasat dia di bawah Seksyen 124c, kita menahan dia pada hari yang sama dan prosedur siasatan adalah di bawah SOSMA,” katanya sambil menambah penahanan Maria tiada kaitan dengan Perhimpunan Bersih 5.0, Sabtu lepas.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sejurus tiba daripada lawatan rasmi ke Manila di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kandungan dokumen yang dirampas dari pejabat Bersih itu.

Menurutnya, Maria turut mengaku menerima tajaan untuk Bersih daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.

“Kita semua tahu, apa OSF ini dan berapa banyak negara dah ditumbangkannya, jadi menjadi tanggungjawab PDRM untuk menyiasat dalam memastikan ketenteraman negara kita tidak diancam sesiapa sahaja,” katanya.

Selain itu, Khalid berkata semua pihak harus memahami SOSMA, yang tidak terhad kepada kegiatan keganasan sahaja sebaliknya akta itu memudahkan penyiasatan dan pendakwaan kesalahan keselamatan dilakukan.

Dalam pekembangan lain, Khalid menafikan Maria menerima layanan buruk di lokap sepanjang penahanannya sejak Jumaat lepas.

“Apa juga layanan yang kita bagi dia sama seperti yang diterima tahanan lain, dan kita sentiasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Kita tidak ketepikan keperluan perubatannya, setakat ini doktor telah melawatnya tidak kurang tiga kali sejak penahanannya dan kita ada doktor yang bersedia 24 jam bagi mana-mana tahanan yang memerlukan,” kata Khalid.

Pada Ahad lepas, keluarga Maria membuat laporan polis mendakwa beliau menerima layan buruk di dalam lokap selepas ditahan pada 18 Nov lepas.- BERNAMA

Tags: Bersihkhalid abu bakarMaria ChinSOSMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi...

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

03/08/2024
0

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan dia tidak berniat untuk menyebut nama Bersih sebagai antara pihak yang tidak hadir ke sesi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd