• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Akan Rombak Biro Exco Hadapi PRU14

oleh AK-47
30/11/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO akan merombak biro Exco pergerakan itu awal tahun depan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata melalui struktur baharu rombakan itu, semua biro akan disatukan dan biro yang kurang relevan dengan PRU14 akan direhatkan.

“Di negeri dan bahagian, saya akan arah untuk buat yang sama. Kerja kita bermula hari ini adalah 100 peratus ke arah pilihan raya,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya Pemuda UMNO perlu bersedia dalam mod perang memandangkan perhimpunan kali ini berkemungkinan besar adalah yang terakhir sebelum PRU14.

Beliau berkata keutamaan mereka perlu jelas dan cita-cita untuk mendapatkan jawatan dalam parti perlu disimpan dahulu kerana tanpa kuasa politik yang datang dalam bentuk mandat rakyat, segala pangkat dan jawatan dalam parti tidak bermakna.

“Tak guna cari populariti dalam kelompok kecil tetapi tidak dapat membantu mempengaruhi kemenangan parti dalam pilihan raya. Jangan menang sorak perwakilan, tetapi UMNO dan Barisan Nasional (BN) habis tergadai,” katanya.

Justeru, Khairy berkata sempena perhimpunan ini, semboyan perlu dibunyikan, gendang perang dipalu dan wisel permulaan ditiup untuk memberi arahan kepada jentera dan keseluruhan anggota parti untuk sedia menggempur, sedia berlawan dan memastikan kemenangan BN dalam PRU14 demi kelangsungan perjuangan bangsa.

Beliau berkata Pemuda UMNO tidak boleh bersifat satu dimensi sahaja atau bising-bising tin kosong, sebaliknya perlu membawa identiti baharu dalam memperkenalkan Qiyadah Fikriyah atau kepimpinan berfikir.

Khairy berkata ia boleh dilakukan dengan mencambahkan idea dan penyelesaian untuk golongan muda supaya mereka terus yakin bahawa mereka boleh menyandarkan harapan kepada Pemuda UMNO.

Sementara itu, keanggotaan Pemuda UMNO bertambah seramai 21,618 orang antara Januari sehingga 30 Okt lepas, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 620,506 orang.

Sabah menjadi negeri yang mempunyai anggota Pemuda terbanyak iaitu 88,799, manakala bagi peringkat bahagian dan cawangan ialah Bahagian Kemaman, Terengganu (9,198) dan Cawangan, Kampung Batu Putih di Libaran, Sabah (600). – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinPemuda UMNOPRU14UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd