• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemerkasaan Undang-Undang Syariah Agenda Wanita, Puteri

oleh AK-47
30/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemerkasaan perundangan dan institusi Mahkamah Syariah antara agenda yang turut diangkat Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO hari ini bagi kepentingan umat Islam di negara ini.

Ketua Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2016, hari ini mengumumkan pergerakan itu menubuhkan satu jawatankuasa pemandu sebagai tindakan susulan supaya resolusi Sidang Meja Bulat Syariah dapat diperjuangkan.

Katanya ia akan dijadikan antara agenda utama sayap tersebut untuk diperjuangkan tahun depan.

“Wanita percaya, sudah tiba masanya institusi Mahkamah Syariah dimartabatkan, setaraf dengan Mahkamah Sivil.

“Kita mendesak supaya cadangan untuk mewujudkan lima hierarki Mahkamah Syariah, yang telah diluluskan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam dipercepatkan,” katanya.

Wanita UMNO pada 15 November lepas telah menganjurkan Sidang Meja Bulat Syariah yang membincangkan topik mengenai Penyeragaman Undang-Undang Syariah; Perundangan Perwarisan; dan Pemerkasaan Mahkamah Syariah.

Melalui resolusi itu, cadangan supaya undang-undang berkaitan dengan warisan orang Islam dipinda, untuk mengkhususkan isu perwarisan harta pusaka orang Islam, diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, dan satu peruntukan penalti dalam Undang-Undang Jenayah Syariah bagi sesiapa yang ingkar perintah tersebut.

Katanya beberapa resolusi lain turut dipersetujui untuk memperkasakan lagi Mahkamah Syariah antaranya menambah jumlah hakim wanita, bailif, pencatat/pembantu mahkamah dan peguam di jabatan guaman.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam ucapan dasar beliau pula mencadangkan agar Majlis Peguam Syarie ditubuhkan untuk meningkatkan profesionalisme dan integriti peguam syarie.

Menurut Mas Ermieyati, walaupun banyak penambahbaikan telah dilakukan oleh Mahkamah Syariah sejak 2001, ia didapati tidak diikuti dengan usaha untuk meningkatkan profesionalisme dan integriti dalam kalangan peguam syarie.

Katanya profesionalisme dan integriti akan turut menyumbang kepada kelancaran dan kepantasan di Mahkamah Syariah. – BERNAMA

Tags: Puteri UMNOTan Sri Shahrizat Abdul JalilUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd