• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemeriksaan Keselamatan Dijangka Selesai 3 Minggu

oleh Ahmad Albab
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemeriksaan keselamatan blok barat bangunan induk Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dijangka selesai dalam tempoh tiga minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata proses pemeriksaan keselamatan blok itu, yang telah bermula minggu ini, sedang dilakukan oleh Bahagian Kejuruteraan Kementerian Kesihatan.

“Mereka telah melantik beberapa pakar perunding swasta dan sedang membuat pemeriksaan tahap keselamatan blok barat (juga dikenali Blok D) dari segi keselamatan elektrik, gas biologikal, perkakasan elektrik dan keselamatan struktur.

“Mereka beritahu saya, mereka mungkin memerlukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu untuk tamatkan pemeriksaan itu sebelum memberi laporan kepada kementerian mengenai tahap keselamatan blok tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dr Subramaniam berkata laporan keselamatan yang diberikan itu nanti akan menentukan sama ada bangunan tersebut masih boleh digunakan atau memerlukan proses pembaikan atau pemulihan.

Menteri Kesihatan itu berkata demikian ketika mengulas perkembangan siasatan di HSA susulan kebakaran di Unit Rawatan Rapi di aras dua blok itu pada 25 Okt dan kejadian litar pintas yang menyebabkan percikan api serta kepulan asap di dewan bedah aras satu blok sama keesokannya (26 Okt).

Beliau turut memaklumkan pihaknya masih belum menerima laporan siasatan kebakaran di wad ICU tersebut daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang sepatutnya dikeluarkan dalam tempoh dua minggu dari tarikh kejadian.

“Jadi selepas punca kebakaran diketahui, mereka (pihak bomba) akan menyerahkan laporan siasatan kejadian kepada kementerian dan kami akan lihat kesan kerosakan dan berapa kos untuk membaikinya.

“Kami juga tidak mahu memberi tekanan kepada mereka, sebaliknya memberi ruang dan masa untuk mereka lengkapkan siasatan,” jelasnya.

Mengenai keadaan seorang pesakit ICU yang terselamat dalam insiden kebakaran wad berkenaan, Dr Subramaniam berkata mangsa masih berada dalam keadaan kritikal.

Kebakaran pada 25 Okt lalu meragut nyawa enam pesakit kritikal di wad ICU itu manakala dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi cedera kerana terhidu asap. – BERNAMA

Tags: Dr S. SubramaniamHSA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Kepulan Asap HSA Berpunca Daripada Isyarat Palsu

Insiden Kepulan Asap HSA Berpunca Daripada Isyarat Palsu

21/05/2023
0

Johor Bahru : Insiden kepulan asap di Bilik High Voltage di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam berpunca daripada...

RM140 Juta Naik Taraf HSA

RM140 Juta Naik Taraf HSA

20/07/2022
0

JOHOR BAHRU : Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM140 juta bagi menaik taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ikuti Mynewshub: Telegram Pengerusi Jawatankuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd