• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemerdagangan Bayi Berleluasa Di Malaysia Tak Benar

oleh Ahmad Albab
29/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini menafikan dakwaan pemerdagangan bayi yang dikatakan berleluasa di negara ini seperti dakwaan stesen televisyen Al-Jazeera.

Beliau berkata laporan bertajuk ‘Malaysia: Babies for Sale-101-East’ yang disiarkan Al-Jazeera, kononnya Malaysia adalah hab penjualan bayi merupakan satu dakwaan serius dan tidak mencerminkan keadaan sebenar di negara ini.

“Dokumentari itu ada alirannya dan seolah-olah menggambarkan begitu mudah untuk menjual bayi di negara ini. Ini adalah tidak benar.

“Ia (penjualan bayi) tidak berleluasa di negara ini. Ia pernah berlaku kira-kira tiga tahun dulu malah siasatan dijalankan dan tangkapan juga dibuat. Pada masa yang sama, bayi yang terlibat juga sudah diselamatkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat membabitkan kementerian, jabatan dan agensi berkaitan antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia berhubung dakwaan yang disiarkan stesen televisyen asing itu.

Sementara itu, Rohani berkata polis juga berhubung dengan kru produksi stesen televisyen Al-Jazeera yang terbabit dalam penerbitan dokumentari itu untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kesahihan laporan tersebut.

Selain itu, beliau berkata siasatan lanjut kementerian dan agensi berkaitan seperti KDN, Kementerian Luar dan JPN sedang giat dijalankan selain polis turut menubuhkan satu unit khas untuk siasatan lanjut berhubung laporan itu.

“Kita juga memerlukan maklumat lanjut sama ada bayi berkenaan benar-benar dijadikan anak angkat, atau untuk tujuan lain seperti jenayah seksual, buruh atau penjualan organ,” katanya.

Sementara itu, Rohani juga menjelaskan bahawa proses untuk mengambil anak angkat secara sah bukan susah dan rumit sehingga mengambil masa bertahun-tahun seperti yang dilaporkan dalam dokumentari itu.

Beliau berkata proses untuk mengambil anak angkat kini telah dipermudahkan termasuk boleh didaftarkan secara dalam talian.

“Namun begitu, Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu menjalani penapisan dan pengesahan bagi memastikan hanya mereka yang layak dan benar-benar sahaja mendapat anak angkat. Ini mengambil sedikit masa,” katanya. – BERNAMA

Tags: al-jazeeraRohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Emas Kongsi Detik Cemas RM19K Ditiup Angin

Next Post

Kecoh Botol Air Mineral Disangka Minuman Keras

Related Posts

6 Petugas Al Jazeera Selesai Beri Keterangan

10/07/2020
0

KUALA LUMPUR - Seramai enam kakitangan agensi berita antarabangsa Al Jazeera bersama enam peguam dilihat meninggalkan perkarangan Bukit Aman petang...

Isu Al Jazeera: 4 Individu Dipanggil Beri Keterangan

10/07/2020
0

KUALA LUMPUR - Empat individu termasuk petugas agensi berita antarabangsa Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman hari ini bagi memberi...

Next Post

Kecoh Botol Air Mineral Disangka Minuman Keras

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd