• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain JDT Kongsi Duit Bayar Denda FAM

oleh Ahmad Albab
04/11/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain-pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berkongsi wang bagi membayar denda RM30,000 yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke atas kelab bola sepak itu.

Laman Facebook rasmi JDT dalam satu kenyataan memberitahu, pemain-pemain pasukan berkenaan membuat keputusan itu bagi membalas jasa kelab JDT kepada mereka selama ini.

“Para pemain JDT yang diketuai oleh ketua pasukan, Safiq Rahim bersepakat berkongsi wang sesama sendiri untuk membayar kesemua denda yang telah dijatuhkan oleh FAM kepada Kelab JDT selepas tamatnya perlawanan di Perak beberapa bulan yang lalu iaitu sebanyak RM30,000.

“Para pemain menyarankan agar kelab JDT tidak perlu mengeluarkan duit untuk tujuan membayar denda tersebut. Mereka lakukan semua ini demi kasih sayang dan membalas jasa kelab selama ini.

“Para pemain juga menyeru kepada penyokong Harimau Selatan yang dikasihi sekalian agar menjaga tingkah laku pada masa akan datang agar perkara yang sama tidak berulang lagi,” kata kenyataan itu hari ini.

FAM melalui mesyuarat jawatankuasa tatatertib semalam membuat keputusan mendenda Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), masing-masing melibatkan dua kesalahan.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Kang Hwee Gee dipetik berkata, PBSP didapati bersalah atas pertuduhan pertama susulan tindakan penyokongnya membaling botol minuman ke arah penyokong JDT pada perlawanan Liga Super 6 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Pafa didapati bersalah kerana penganjurannya pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh itu mengakibatkan kecederaan.

Sementara itu, PBNJ didapati bersalah susulan tindakan penyokong JDT membaling botol minuman ke arah penyokong Perak, memusnahkan papan iklan dan mencederakan seorang jurugambar.

Persatuan bola sepak itu menerima hukuman atas pertuduhan kedua kerana membiarkan penyokongnya menyanyikan lagu yang menghina pasukan Perak semasa perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun keputusan denda tersebut masih boleh dirayu oleh kedua-dua persatuan terbabit.

Dalam pada itu, kelab JDT mengumumkan kerusi pemain simpanan di tepi padang, kerusi VIP, kerusi bilik persalinan pemain di stadium dan di Padang Seri Gelam akan ditukarkan kepada kerusi baharu.

“Ini adalah satu cara untuk JDT kelihatan berbeza dari pasukan yang lain selepas banyak pasukan yang telah mengikuti menggunakan sit kereta sama di stadium mereka.

“Kelab JDT mempunyai satu prinsip yang mana salah satunya adalah menjadi lain daripada yang lain dan menjadi peneraju dalam negara,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

Tags: FAMJDT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hukuman Pemandu Degil Di China

Next Post

Peniaga Katering Derma Petrol 1,500 Penunggang Motor

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post

Peniaga Katering Derma Petrol 1,500 Penunggang Motor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd