• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan Langsung Asing Penting Bagi Malaysia – PM

oleh Ahmad Albab
05/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaburan langsung asing (FDI) adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata rakyat asing yang melabur di Malaysia tidak boleh membawa balik infrastruktur yang dibina mereka di Malaysia ke negara asal mereka.

Oleh itu, bagi mereka yang menuduh kerajaan menjual Malaysia kepada China, ia tidak masuk akal langsung, mungkin disebabkan cemburu atau didorong perasaan iri hati,” katanya kepada diaspora dan pelajar Malaysia dalam satu majlis makan malam di sini Jumaat.

“Pendirian saya jelas, dan saya melakukannya untuk Malaysia dan rakyat dalam memastikan ekonomi negara berada pada tahap yang tinggi,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata usaha beliau mendapatkan FDI adalah untuk mewujudkan peluang kerja bergaji tinggi dan prospek yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Jika ekonomi tidak berkembang, maka rakyat Malaysia akan menghadapi masalah untuk mendapat pekerjaan yang baik,” kata Najib.

Beliau menasihatkan pelajar Malaysia di China supaya melihat ke dalam diri mereka dan tidak berfikiran sempit, tetapi untuk bersahabat dan memahami budaya dan tamadun orang China dan belajar tentang apa yang menjadikan mereka begitu bermotivasi dan berbeza daripada orang lain.

Katanya di sebalik kelembapan ekonomi dunia, ekonomi China masih berkembang pada kadar 6.5 peratus setahun.

Sebelum itu, Najib menerima kunjungan hormat daripada Gabenor wilayah Hebei Zhang Qingwei dan mendengar taklimat daripada pengasas dan pengerusi Genting Secret Garden Datuk Lim Chee Wah berhubung pelaburan mereka di Zhangjiakou bagi membangunkan puncak gunung di kawasan itu sebagai destinasi pelancongan terkenal dunia dan venue bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Taman Salji syarikat itu telah dipilih sebagai venue Sukan Olimpik bagi acara ski gaya bebas dan snowboarding. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakpelaburan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

19/02/2025
0

Kuala Lumpur : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli...

Kerajaan Persekutuan Tidak Halang Pelaburan Masuk Ke Kedah

Kerajaan Persekutuan Tidak Halang Pelaburan Masuk Ke Kedah

13/07/2024
1

SUNGAI PETANI : Status Kedah sebagai negeri pembangkang tidak pernah menghalang Kerajaan Persekutuan memilihnya sebagai antara lokasi pelaburan utama, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd