• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Kembar Samun Pelajar Warga Bangladesh Didakwa

oleh Ahmad Albab
17/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasangan kembar berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyamun seorang pelajar kolej warga Bangladesh di Brickfields, minggu lalu.

A. Thanabalan dan A. Thanaselan, yang masing-masing tidak bekerja bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah. 

Mereka didakwa bersama-sama telah melakukan samun terhadap Azam Kawser Ibne, 21, dengan menggunakan sebuah kereta jenis Proton Saga pada 12.30 tengah malam, 10 Nov lalu di Jalan Bukit Pantai, Brickfields, di sini.

Antara barangan yang disamun adalah sebuah telefon bimbit, kad bank dan wang tunai berjumlah RM300.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahida Wan Omar tidak menawarkan sebarang jaminan disebabkan kesalahan itu merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin namun memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan sekiranya jaminan dibenarkan.

Bagaimanapun, peguam M. Mathavan yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah dengan alasan kedua-dua tertuduh merupakan pasangan kembar dan akan dijamin oleh penjamin sama.

Mahkamah membenarkan pasangan kembar itu diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, melaporkan diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali.

Rohatul menetapkan 14 Dis depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kembarkes samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd