• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Minta Rakyat Yakini Dasar Kerajaan

oleh AK-47
14/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memberi keyakinan penuh kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, rakyat perlu meletakkan sepenuhnya keyakinan kepada BNM dan SC menguruskan ketidaktentuan pasaran kewangan disebabkan keputusan Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

“DPPM menyedari akan ketidaktentuan pasaran kewangan global selepas pilihanraya Presiden AS minggu lepas. Kami menyeru rakyat Malaysia agar meletakkan sepenuh keyakinan terhadap tindakan dan dasar BNM dan SC untuk menstabilkan pasaran kewangan kita.

“Kami juga menyeru rakyat Malaysia agar mengelakkan sebarang spekulasi tidak berasas yang boleh memburukkan lagi keadaan. Kami percaya bahawa Gabenor BNM, Pengerusi SC dan pasukan mereka sedang berusaha sebaik mungkin untuk menstabilkan pasaran kewangan kita,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media pada 9 November lalu melaporkan pasaran saham, mata wang dan komoditi dunia terjejas teruk kesan tindakan panik pelabur melupus dan mengubah aset masing-masing ekoran kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya AS.

Kemenangan Trump mencetuskan kejutan memandangkan beliau sebelum ini mengisytiharkan dasar yang lebih radikal berkaitan cukai, hubungan antarabangsa serta dasar ekonomi.

Mata wang Mexico, peso berada pada paras paling rendah dalam sejarah. Begitu juga pasaran saham dangan dagangan komoditi utama di Asia se­perti Hong Kong, Jepun, Singapura serta India terjejas teruk dengan Nekkei Jepun menjunam hampir 1,000 mata.

Malah Indeks Hang Seng Hong Kong kini berada pada paras terendahnya dalam tempoh sembilan bulan.

Indeks Taiex Taiwan susut tiga peratus iaitu kejatuhan terbesar­nya sejak Ogos 2015, Kospi Korea Selatan susut 2.3 peratus, indeks S&P/NZX 50 di New Zealand susut 3.3 peratus, S&P/ASX 200 Australia susut dua peratus manakala Indeks Shanghai Composite jatuh 0.6 peratus.

Kali terakhir pasaran saham Asia mengalami kejutan ialah pada Jun lalu apabila United Kingdom (UK) memutuskan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Penganalisis pasaran melihat kehadiran Trump sebagai Presiden AS akan mewujudkan persekitran ekonomi global yang tidak menentu. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Tarik Diri: Fara Fauzana Sengaja Perli Elly Mazlein?

Next Post

Satu Logo, Satu Parti: Kit Siang Tak Setuju Gesaan Tun M

Related Posts

“Berdosa Saya Jika Langgar PAS” – Nik Abduh

22/06/2021
0

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan gambar tular yang mendakwa beliau keluar daripada...

Kemenangan PH Kejayaan Liberalis?

24/09/2018
0

KOTA BHARU - Ada dua pihak yang mendapat banyak kejayaan dengan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)....

Next Post

Satu Logo, Satu Parti: Kit Siang Tak Setuju Gesaan Tun M

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd