• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Shafie Ikut PAS Enggan Sertai Pakatan Harapan

oleh
15/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti baharu di Sabah yang dipimpin bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak akan bergabung dengan pakatan pembangkang dari Semenanjung.

Berita buruk tersebut disahkan beliau sendiri sekali gus memberitahu bahawa Parti Warisan Sabah yang diketuainya hanya menyokong Pakatan Harapan tetapi tidak pula mahu bergabung dengan blok berkenaan sebagai komponen.

“Parti Warisan Sabah buat masa ini lebih memberikan tumpuan di seluruh Sabah dan mahu mengadakan kerjasama dengan beberapa parti pembangkang di negeri itu, kata Mohd. Shafie yang dipetik oleh portal berita AgendaDaily.

Mengulas mengenai ketidakhadiran dirinya sendiri pada Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam minggu lepas, beliau menjelaskan tengah sibuk melakukan siri kempen jelajah di kawasan Kudat sepanjang hari tersebut.

Keputusan Mohd. Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila menyeru semua pembangkang bersatu di bawah Pakatan Harapan diterajui DAP.

Malah bekas presiden UMNO itu menyelar PAS apabila enggan menyertai pakatan tersebut dengan mendakwa parti yang tidak mahu menganggotai blok berkenaan dianggap konon menerima ‘dedak’ daripada Barisan Nasional (BN).

Tohmahan liar Mahathir itu dikutuk Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan menyifatkan bekas perdana menteri tersebut bercakap perkara yang tidak pernah dibuatnya sendiri ketika 22 tahun memerintah negara dahulu.

PAS membentuk Gagasan Sejahtera dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Barisan Jemaah Islamiah Malaysia selepas dinyahkeluar daripada Pakatan Rakyat oleh DAP yang turut ‘menguburkan’ blok tersebut akhir tahun lalu.

shafie2

Ketika Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu, Mahathir turut diaibkan presiden parti diwujudkannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila menegaskan PPBM tidak menyertai pakatan itu.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Pagoh tersebut memberi alasan konon masih lagi memerlukan waktu bagi mengkaji pelbagai perkara sebelum dapat memutuskan untuk menyertai pakatan dianggotai DAP, PKR dan PAN berkenaan.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin untuk terus mengambil dan menggunakan pendekatan bergerak ‘secara solo’ tanpa menyokong mana-mana parti pembangkang termasuk PPBM sendiri.

Menurutnya, keputusan itu sekali gus menyangkal dakwaan Mahathir bahawa konon parti yang tidak menyokong Pakatan Harapan diketuai DAP sebagai menyokong senyap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tidak benar, dakwaan Mahathir itu adalah tidak betul. Ada perkara yang kita sokong UMNO, bahkan ada perkara yang kita sendiri pun tidak sokong. Bukan bulat-bulat,” kata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Ketua Penera­ngan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam pada itu menempelak Mahathir serta menegaskan parti itu telah berdepan dengan UMNO dan BN sebelum merdeka, berbanding PPBM yang usianya baharu setahun jagung.

“Sejak tahun 1951 lagi, kita adalah konsis­ten dan tidak pernah berhenti melangkah sedemikian, cuma pendekatan tentunya adalah berbeza dari masa ke semasa. Keadaan malah bergantung kepada strategi politik PAS.

“PAS juga ingin mengingatkan DAP bahawa kami akan meletakkan calon dan bertanding di kawasan mereka pada pilihan raya nanti, jika parti itu berdegil untuk bertanding di kawasan PAS,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: pakatan harapanShafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd