• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pangkalan TLDM Lumut Gempar Kapal Ronda ‘Terbakar’

oleh Ahmad Albab
10/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut gempar apabila sebuah kapal ronda KD Kelantan ‘terbakar’ dan menyebabkan 26 anggota terperangkap pagi ini.

Namun, insiden cemas itu hanyalah sekadar latihan kecemasan membabitkan 405 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak, TLDM serta beberapa agensi berkaitan bagi menguji tahap kecekapan.

Pengarah JBPM negeri Perak Datuk Yahaya Madis berkata latihan selama enam jam bermula 10.30 pagi itu merupakan antara usaha bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kemantapan kemahiran teknikal.

“Ia juga strategi dalam menangani sebarang insiden berskala besar dan sederhana yang melibatkan jumlah keanggotaan ramai, logistik besar serta tempoh operasi panjang atau melebihi empat jam,” katanya.

Yahaya bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Eksesais Pengurusan Bencana 2016 (DMEX 2016) di sini hari ini. Turut hadir Panglima Bantuan Laksamana Madya Datuk Abdul Ghani Othman.

Menurut Yahaya latihan tahunan itu melibatkan kemahiran serta pengetahuan tetapi dalam masa sama perlu bergerak mengikut prosedur operasi standard (SOP) supaya operasi berjalan lancar.

Senario latihan menyaksikan kebakaran KD Kelantan bermula dari sebuah bilik tidur anggota sebelum merebak ke bilik jana kuasa dan seterusnya ke beberapa bahagian dalam kapal ronda berkenaan.

Dua jentera bomba TLDM yang dibantu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjung serta Sitiawan melakukan kerja-kerja memadam kebakaran selain penyejukan kapal.

Sementara itu Abdul Ghani berkata latihan berkenaan selari dengan saranan kerajaan agar setiap agensi berkaitan melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam sebarang operasi. – BERNAMA

Tags: latihanTLDM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

31,230 Penjawat Awam Dikenakan Tidakan Tatatertib

Next Post

Penguatkuasa MPSP Ditahan Jual Lesen Niaga & Hologram

Related Posts

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini, melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan...

Leftenan Nafi Duduk Atas Perut, Berkali-kali Tampar Pegawai Kadet TLDM

Leftenan Nafi Duduk Atas Perut, Berkali-kali Tampar Pegawai Kadet TLDM

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menafikan di Mahkamah Sesyen, di sini, bahawa beliau duduk...

Next Post

Penguatkuasa MPSP Ditahan Jual Lesen Niaga & Hologram

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd