• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NUJ Larang Wartawan Buat Liputan Majlis UMNO Pahang

oleh Ahmad Albab
20/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) mengarahkan semua wartawan yang bernaung di bawah kesatuan itu supaya tidak membuat liputan semua majlis anjuran UMNO Pahang berkuat kuasa serta-merta.

NUJ dalam satu kenyataan berkata, arahan rasmi NUJ itu akan dihantar kepada semua ketua jabatan dan agensi masing-masing dalam tempoh terdekat.

“Selepas mendengar penjelasan daripada wartawan ditugaskan membuat liputan Konvensyen UMNO Pahang yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek pada 19 November 2016.

“Susulan penjelasan dan mendengar rakaman audio yang dirakam wartawan bertugas pada majlis itu, maka kami mewakili NUJ dengan ini mengarahkan semua wartawan yang bernaung di bawah NUJ untuk tidak membuat liputan semua majlis anjuran UMNO Pahang,” kata kenyataan itu hari ini.

NUJ berkata, liputan semula majlis UMNO Pahang hanya dibenarkan selepas pihak berkenaan UMNO Pahang membuat permohonan secara rasmi melalui media cetak atau elektronik.

Wartawan di Pahang semalam tidak berpuas hati kerana mereka tidak dibenarkan membuat liputan  Konvensyen UMNO Pahang melibatkan satu sesi tertutup. – MYNEWSHUB.CC

Tags: NUJUMNO Pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Allahyarham Hasbullah Tegas, Tapi Penyayang

17/11/2020
0

GERIK - Tegas, tapi penyayang. Itulah sikap Allahyarham Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Raub, Pahang...

Lebih RM3 Juta Dari UMNO Pahang, PBRS Jadi Hak Kerajaan

09/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd